Thursday, March 28, 2013

renung2kan... tektik pihak zionis....



 



















 1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di Gaza, apa sebenarnya intention pihak zionis yang cuba lakukan. Gaza tue besarnya, tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl - shah alam) Timur ke Barat 7km (jarak cheras - KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan Gaza sahaja. Tanah Palestin berpecah belah negaranya.

2. Kalau dilihat dari peta Palestin sekarang, kenapa ianya berpecah2? Mengapa pihak zionis tidak mengambil kesemua tanah Palestin? Ataupun kalau dia nak ambik, kenapa negara Palestin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?

3. Jadi kesimpulan ringkas yang diamati, pihak zionis sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara Palestin kerana mereka tak mahu umat Islam bersatu, mungkin jika bersatu, memang sekejap sahaja Israel akan boleh ditawan semula dengan mudah.

4. Sebenarnya kalau nak melenyapkan terus umat Palestin, pihak musuh hanya perlu bom 3 tempat sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Habis cerita... Tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut, mereka menyerang tempat2 di mana ramai rakyat Palestin berhimpun, di rumah2, kenapa? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus umat Palestin?

5. Sebenarnya, mereka mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat Islam, di sana mereka MENYEKSA umat-umat Islam secara fizikal. Kita di sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform yang telah mereka bina macam fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.

6. Lapar, nak makan cepat, ada McD. Nak tunggu nasik campur, takder drive thru, apatah lagi nasi goreng kampung pun takde drive thru, nak order pun 10 minit nak goreng. Sekarang sedang menggunakan pc yang processornya adalah INTEL, memang INTEL ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang & Kulim. Tetapi pusat RND nya ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Sapa tak pernah makan Kit Kat, air yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate, Coke dan minyak bayi Johnson & Johnson.

7. Secara amnya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah buat nak buat biz tiru Coffee Bean, belum apa2, baru nak setup kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh, macam mana nak buat branch banyak negara. 1 kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan itulah diri kita. Abis kita makan apa nie?

8. Eyh tengok orang sana berperang kita di sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang betul2 berperang dengan musuh, kita di sini berperang dengan melihat mempertikaikan kenapa perlu boikot, kenapa perlu derma, ada yang kata derma bermusim. Hallo hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Israil nak serang kita, diorang tak buat apa2 pun kita berperang sesama sendiri. Lagipun diorang dah menang tanpa bertanding.... Sebab apa menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang cuba menghapuskan saudara2 kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu.

9. Biarlah kawan2 kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma, ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo, ada yang boleh berdoa, biarlah mereka berdoa, sekurang2nya masing2 cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sebab tue kalau tengok di tv, ada orang2 muda Palestin yang baling batu ke arah kereta kebal. Batu tue kena kereta kebal pun, orang dalam kereta kebal tak dengar bunyinya. Tapi semuanya ada sikap berjuang nak melawan.

10. Hikmah kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat Islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya? cuba masuk mana2 kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. Yang nie orang tok sidang, yg nie orang penghulu, tak ngam dengan tok sidang, yang tok sidang punya geng tak ngam dengan Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2. Tak faham?

11. Jangan lupa juga sesungguhnya bumi Palestin masih lagi wujud hasil doa2 umat Islam di seluruh dunia, kita di masjid2 time solat Jumaat pun khatib bacakan doa kesejahteraan rakyat2 Palestin. Tempat Israk Mikraj tue bro.

12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi tersebut sebagai alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadik baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg ada tue akan mula beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal 30 juzu' baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan "Sampaikanlah walaupun 1 ayat"? Sekurang2nya boleh menjadi ulangkaji kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tengok page Sham Kamikaze hari2 post pasal kelebihan solat dhuha, tiap2 waktu ingatkan orang suruh solat awal waktu, apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik 'roh' azan. Apa itu 'roh' azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.

No comments:

Post a Comment