1) Telur ayam mempunyai nilai penggunaan protein (net protein
utilization) 100 % berbanding dengan daging ayam (80 %) dan susu (75 %).
2) Kulit telur terdiri daripada kalsium karbonat yang juga
merupakan bahan utama beberapa jenis antacids. Sekitar 9-12 % berat
telur terdiri daripada kulitnya. Kulit telur juga memiliki pori-pori
halus yang membolehkan oksigen masuk dan karbon dioksida serta lembapan
keluar.
3) Putih telur mengandungi protein yang disebut albumen dan
niacin (vitamin B3), riboflavin (vitamin B2), klorin, magnesium,
potasium, sodium dan sulfur. Putih telur juga terdiri daripada 57 % dari
protein telur.
4) Warna kuning dari telur ditentukan oleh makanan ayam betina.
Makin banyak dedak yang dimakan oleh ayam betina, makin teranglah warna
kuning telurnya.
5) Warna telur juga penting dalam menentukan usia telur dan
faktor lainnya. Menurut Egg Safety Center, Amerika, warna putih telur
yang agak keruh menandakan telur itu segar. Warna putih yang jernih
menandakan telur itu berasal dari ayam yang sudah tua. Hindarkan
daripada makan telur yang berwarna putih kemerah-merahan atau yang sudah
berubah ke warna lain.
6) Kadang-kadang akan ada sedikit darah dalam telur. Darah ini
berasal daripada pembuluh darah di bahagian kuning telur yang pecah.
Namun telur ini tetap boleh dimakan.
7) Ketika ditetaskan, suhu telur berada sekitar 40.5 darjah
Celcius. Sekiranya suhu semakin dingin, cairan di dalamnya akan
mengendap dan membentuk sel udara antara dua lapisan telur.
8) Seekor ayam betina mampu bertelur 250-270 telur setiap tahun
nya.
9) Sebahagian besar rakyat Amerika lebih suka kepada telur ayam
yang berwarna putih. Di Malaysia pula, telur ayam kebanyakannya berwarna
coklat.
10) Jika dibandingkan dengan telur ayam, telur itik memiliki bau
yang lebih hamis dan kulitnya memiliki pori yang lebih besar sehingga
lebih sesuai untuk dijadikan telur masin.
No comments:
Post a Comment