1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan
mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem
pencernaan dan perkumuhannya.
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar
usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula
menangis tetapi dalam diam.
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di
sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya
sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing
di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil
tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu
untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan
getaran halus atau denyut halus di perut.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi
di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri
apabila mendengar bunyi kuat.
6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan
bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka
anggota tubuh badannya.
7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal
usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak
bayi.
8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai
kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress,
emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat
merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya
dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang
dimakan oleh ibu.
10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata,
anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat
hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak
comel .
No comments:
Post a Comment