1. Ambil dosis EPA secukupnya
EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi
otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa
minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan
peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.
2. Seks secara terancang
Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan
otak menurut buku "Teach Yourself Training Your Brain" yang ditulis oleh
pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna
dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat
mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja
otak.
3. Buat teka teki
Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak korang
tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika korang tidak
berlatih secara reguler, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja
secara maksima.
4. Berjalan kaki
Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan
pikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu
korang menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran korang lebih
‘jernih.’
5. Ketawa/Senyum
Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan
fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak. Pastikan korang ketawa
setiap hari yer. Lagipun senyum itu sedekah.
6. Berfikiran Kreatif
Melukis atau pelajari alat muzik yang baru dapat menyebabkan korang
berfikir lebih cepat dan Kreatif. Jadi, kalau korang minat muzik,selalu2
kanlah pergi Jamming.
7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan
Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada
pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya
menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).
Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka
belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih
daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan pikiran
korang dari penjara pikiran ‘seorang dewasa’, korang akan menemui cara
berpikir yang belum pernah ada sebelumnya.
No comments:
Post a Comment