Friday, November 9, 2012

cerita mata....!!!!


Ini sebuah tragedi dalam dunia perubatan, yang sering kita dengar cacing berada di dalam perut manusia sebagai parasit. Namun bagaimana jika cacing hidup di dalam mata manusia hidup? Ini adalah kisah benar.

Satu peristiwa yang sangat jarang dan mungkin satu-satunya dalam 100 tahun terakhir. Peristiwa ini di alami oleh seorang warga Sepanyol, Doktor yang menangani kes ini mengatakan bahawa sekitar 300 pesakit dia tangani setiap harinya selama 20 tahun dalam bidang perubatan, baru kali ini dia menemukan kes seperti ini.


Selama ini pesakit ini tidak menyangka bahawa yang bersarang dimatanya adalah seekor cacing, dia hanya merasakan ada sesuatu yang menguit-nguit di dalam matanya. Setelah semakin lama dia merasakan ada sesuatu yang bergerak maka dia segera memeriksa matanya ke doktor.


Doktor yang memeriksanya cukup terkejut, dia tahu bahawa yang bergerak di mata pesakit itu adalah seekor cacing yang cukup besar. Begitu besarnya cacing ini hingga tanpa alat bantu, cacing ini dapat dilihat bergerak di dalam kelopak mata pesakit.

Doktor pun mencadangkan pembedahan mata untuk mengeluarkan cacing tersebut dari mata pesakit. Setelah pembedahan dilakukan, hasilnya cukup mengejutkan. Seorang pembantu doktor mengukur panjang cacing ini ternyata mencapai panjang 19 sentimeter.

Menurut doktor, Pesakit ini sangat beruntung kerana cacing tersebut tidak masuk ke otak melalui pembuluh darah,yang boleh mendatangkan maut. 



No comments:

Post a Comment