Wednesday, May 18, 2011

Osama Sudah Lama Meninggal....!!!

Menteri Intelijen Iran Heidar Moslehi mengatakan, Teheran mempunyai bukti bahawa Osama bin Laden telah meninggal akibat penyakit, lama sebelum AS melakukan serangan ke kompleks tempat tinggalnya di Pakistan, baru-baru ini. Mengikut laporan media rasmi Pakistan, FARS. 

Berdasarkan versi AS, Osama bin Laden meninggal dalam serangan pasukan khas Navy SEALs pada 2 Mei di bandar Abbottabad, Pakistan, utara ibu kota Islamabad. Mayat Osama kemudiannya dibuang ke Laut Arab kurang dari 24 jam setelah meninggal. 

Menurut pihak AS, sebuah kajian DNA telah membuktikan bahawa mayat orang yang mati ditembak itu adalah Osama bin Laden, yang menduduki daftar orang nombor satu yang paling dikehendaki FBI. Juru Bicara Rumah Putih Jay Carney, Rabu lalu, mengatakan, Washington tidak akan mengeluarkan gambar bedah siasat Osama bin Laden demi mengelakkan propaganda yang menghasut dan kemungkinan kekerasan. Presiden AS Barack Obama juga menegaskan hal itu. Foto mayat Osama tidak akan disiarkan

No comments:

Post a Comment