Wednesday, April 27, 2011

Monyet Sebesar Ibu Jari Yang Comel...


finger monkeys 6 520x346 Monyet Sebesar Ibu Jari Yang Comel
Disebabkan besar badan mereka hanya sebesar jari manusia, ia lebih dikenali dengan nama Finger Monkey. Monyet ini umumnya berbulu kuning keperangan dan berbintik-bintik hitam. Secara puratanya ketinggian monyet ini hanya berukuran 13-14 inci, tetapi ekornya mampu mencecah sehingga 8-9 inci. Jangka kehidupan mereka ialah antara 11-15 tahun, tetapi ada juga yang mencapai sehingga 25 tahun.
Monyet ini boleh dikategorikan sebagai highly social animals. Di kehidupan liar, mereka hidup berkelompok antara 6-10 ekor pada sesuatu kelompok. Di dalam kumpulan itu, mereka berkomunikasi melalui bahasa tubuh, bauan, dan juga nada suara yang tinggi.
Seekor betina hanya berpasangan dengan seekor jantan sahaja (monogami). Monyet betina mampu melahirkan anak setiap lima bulan. Jangka waktu kehamilan selalunya beranggaran 135 hari untuk setiap kelahiran. Anak yang baru lahir hanya seberat ½ ounce sahaja setiap ekor.
Pada waktu ini, spesis ini sudah popular dijadikan sebagai haiwan peliharaan eksotik di mana setiap ekor mampu mencecah harga sehingga USD 2000 – USD 4000.


No comments:

Post a Comment