Monday, April 30, 2012

BURAQ KENDERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W..





ilustrasi pereka...

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga 
dengan langit. Berkata dia kepada langit, “Hai langit, aku lebih baik dari kamu 
kerana Allah SWT telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa
 laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain.” Berkata langit,
 “Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang,
 beberapa falah, buruj, Arasy, Kursi dan syurga ada padaku.”
Berkata bumi, “Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk 
bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang 
yang baik).” Bumi berkata lagi, “Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi 
dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian 
alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang 
paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari’atnya juga di 
tempatku.
Langit tidak dapat berkata apa-apa apabila bumi berkata demikian. Langit 
mendiamkan diri dan dia mengadap Allah SWT dengan berkata, “Ya Allah, 
Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya apabila 
mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu
 aku minta kepadaMu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku 
(langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga.”
Lalu Allah SWT mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah SWT memberi 
wahyu kepada Jibrail pada malam tanggal 27 Rejab, “Janganlah engkau (Jibrail)
 bertasbih pada malam ini dan engkau Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada
 malam ini.” Jibrail bertanya, ” Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?”
 Allah SWT berfirman, maksudnya, “Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah 
engkau ke syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan
 buraq itu.”
Buraq adalah seekor binatang yang rupanya seperti kuda. Saiznya kecil sedikit
 daripada kuda tapi lebih besar dari keldai. Lariannya sepantas kilat. Selangkah
 lompatannya, sejauh mata memandang jaraknya. Buraq akan memanjangkan kaki
 belakangnya ketika ia mendaki manakala akan memanjangkan kaki depannya 
pula apabila ia menurun. Menggerak-gerakkan telinga dan kakinya adalah tabiat
 semulajadi buraq. Di samping rupanya yang cantik, terdapat sayap pada kedua-dua
 pehanya. Sayap ini adalah untuk membantu kecepatan lompatannya.
Kemudian Jibrail pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang
 di taman syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad SAW. 
Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail terpandang pada seekor buraq yang berwarna 
putih sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail lalu menghampirinya lalu 
bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq?” Berkata buraq, “Ya Jibrail, 
sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad SAW sejak 40 tahun, maka 
pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan sesudah itu aku menjadi rindu 
kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh 
api kerinduan.”
Berkata Jibrail, “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau
 rindukan itu.” Kemudian Jibrail memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu 
dan membawanya kepada Nabi Muhammad SAW. Ketika sampai di bumi, buraq
 yang dibawa oleh Jibrail itu menojang-nojangkan kakinya. Ia seolah-olah enggan 
ditunggangi. Melihat demikian, malaikat Jibrail memegangnya dan berkata:
 “Wahai buraq! tidak malukah engkau? Demi Allah, orang yang akan menunggangi 
engkau adalah orang yang paling mulia di sisi Allah SWT”. Mendengar perkataan 
Jibrail itu maka bercucuranlah peluhnya. Ia kelihatan kemalu-maluan dan tidak 
lagi resah. Nabi SAW pun naik ke tempat yang tersedia di atas badan buraq, 
sebagaimana dilakukan oleh nabi-nabi sebelum baginda nabi SAW.
Setelah siap segalanya, terbanglah buraq membawa nabi Muhammad SAW 
memulakan Israk. Dalam perjalanan itu, Jibrail mendampingi nabi SAW di 
sebelah kanan baginda SAW manakala Mikail di sebelah kiri.

mmm... kekuasaan ALLAH... 

No comments:

Post a Comment