Friday, June 1, 2012

bahaya dompet di poket belakang...


Mesti ramai di kalangan lelaki yang suka meletak dompet di belakang poket 
seluarnya bukan? Memang ramai memang tak dinafikan. Sudah tentu apabila 
duduk mereka juga akan duduk di atas dompet itu bukan? Tapi ramai yang tak 
tahu akan kesan buruk yang berlaku jika duduk di atas dompet dalam jangka 
masa panjang..



Sebenarnya meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan
 menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek 
sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka 
gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk 
di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk 
di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam 
duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.


Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun
 kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. 
Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya 
berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan 
berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.
Jadi kepada lelaki yang suka letak dompet di belakang seluar itu bolehlah
 mencuba letak dompet di poket depan seluar pula.. sayangi diri anda...

mmm... korang kena hati2 tau...

No comments:

Post a Comment