Thursday, April 12, 2012

cicak seberat 64 kg = 64 juta...!!!



NUNUKAN, Kalimantan – Seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah 
menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan 
Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com semalam. Penemuan itu diceritakan 
oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin dan tinggal di Kalabakan 
sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut.Menceritakan mengenai 
penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, pemuda itu menemui reptilia unik 
tersebut semasa keluar mencari cicak di hutan berkenaan.
“Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Saya juga ikut ke 
hutan dengan tujuan sama,” kata Arbin yang ditemui di Tawau pada Isnin lepas. 
Semasa keluar memburu itulah pemuda itu secara tidak sengaja menemui cicak 
bersaiz raksasa itu. “Pada awalnya pemuda itu terkejut dan agak takut kerana saiz 
cicak itu seperti buaya. Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia 
tidak dapat bergerak kerana terlalu besar. “Dia kemudian membawa cicak itu 
pulang,” tambah remaja berkenaan.Menurut akhbar itu, pemuda itu memelihara 
cicak gergasi tersebut di 
rumahnya dengan memberi reptilia itu makan daging terutama hati ayam 
supaya ia tidak mati.
Masyarakat di Indonesia, Thailand dan Cina percaya cicak tersebut mampu 
mengubati peyakit Aids/Hiv dan ini menyebabkan harganya melambung. 
Sejak berita cicak luar biasa itu tersebar pemuda itu pernah ditawar dengan harga 
RM 2 juta seekor, tetapi beliau tidak mahu menjualnya kerana menunggu harga yang lebih tinggi.Walaubagaimana pun cicak tersebut telah dijual dengan harga RM 1 juta 
sekilo, ini bermakna harga cicak gergasi itu nilainya RM 64 juta (= 64 kilogram)
Abu Luqman , sekarang ini macam macam kepelikan telah keluar di atas muka bumi ini.

mmm... kalau cam ni nak pg cari cicak gak lah... tp ianya haram dijual tau....


No comments:

Post a Comment