Thursday, June 6, 2013

anak mancis comel....

Di Jepun semua benda comel dari gadis sampailah ke anak mancis. Mancis ini dikeluarkan syarikat Kokeshi dan hanya boleh dibeli di Jepun. HENTAI! eh?


kebangkitan Islam...!!!

Ini adalah satu perkembangan yang menarik di Britain. Umum mengetahui Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.


Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.
Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.
Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.
Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan. Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.
Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang. Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.
Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai. Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.
Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.
Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam.
Fakta Menarik:
Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.
Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang.
Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun. 
Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu.

lembu gebu...???

Apa yang anda lihat di bawah bukanlah photoshop tetapi lembu yang dipamper sehingga mempunyai bulu yang gebu. Lembu-lembu ini dibela semata-mata untuk dipertandingan di pameran-pameran lembu di Amerika Syarikat. Bulu lembu "ratu cantik" ini diberus dan diguntung untuk kelihatan seperti bulu teddy bear


encipta yang bernasib malang dan meninggal dunia...

Tak semua ciptaan akan membuatkan pencipta mereka kaya raya. Di bawah ialah beberapa orang pencipta yang bernasib malang dan meninggal dunia akibat ciptaan mereka. 


kamikazeee...!!!!

Di akhir Perang Dunia Kedua tentera Jepun mencipta beberapa senjata kamikaze yang digunakan untuk menyerang tentera Amerika Syarikat. Mereka mencipta bot, kapal selam dan kapal terbang yang digunakan oleh pejuang berani mati mereka. Yokosuka MXY7 Ohka ialah pesawat pengebom berani mati berkuasa jet yang digunakan pada tahun 1945 sebagai langkah drastik Jepun untuk mengalahkan USA. Ohka (Bunga Sakura) dipandu oleh seorang juruterbang berani mati dan dilengkapi bom sebesar 1200 kilogram. Ia juga diperkasakan dengan tiga enjin roket yang mampu memberikan Ohka kelajuan maksimum 1040 kilometer sejam ketika menjunam. Lebih dari 800 Ohka dibina tetapi tidak kesemuanya digunakan oleh Jepun kerana kekurangan juruterbang dan pesawat pengebom yang mampu membawanya ke medan perang. Ianya juga sukar dikawal dan serangan ke atas armada USA tidak dapat dilakukan secara tepat. Oleh sebab itu Ohka diberikan gelaran Baka (Bodoh) oleh kelasi USA.


berkayak di lava gunung berapi...!!!


Berkayak di antara lelehan lava pastinya tidak akan pernah anda bayangkan untuk dilakukan. Aksi berani mati ini dilakukan oleh Pedro Olivia, Chris Korbulic dan Ben Stookesberry dari Brazil yang mengharungi perairan di sekitar lelehan lava merah yang mengalir dari gunung berapi Kilauea, kepulauan Hawaii.


Namun, itu saja dianggap tidak cukup kerana Pedro memutuskan untuk menjelajahi pantai dengan berjalan kaki. Menambahkan lagi cabaran, dia nekad menguji suhu panas lava sekitar 700 hingga 1100 darjah celcius dengan mencelupkan dayungnya dan segera mengangkatnya sebelum terbakar.
Dari pengalamannya, Ben mengungkapkan bahawa salah satu ancaman terbesar adalah wap beracun yang dihasilkan saat lava menghempas ke dalam air. Saat itu, air laut boleh membakar kedua tangan mereka.
 
mmm... cam ne la kalau di akhirat nanti... renung2 kan...

Monday, June 3, 2013

pesawat pengebom supersonik terbesar di dunia...

Tupolev Tu 160 Blackjack ialah pesawat pengebom supersonik terbesar di dunia, Pesawat sepanjang 54 meter ini juga memegang rekod pesawat supersonik terbesar dunia selepas Concorde dihentikan operasinya pada tahun 2003. Program pembiaan Blackjack dimulakan Soviet sebagai jawapan kepada program pesawat pengebom supersonik Rockwell B-1 Lancer. Seperti kebanyakkan pesawat Soviet pada waktu itu, Blackjack meniru bentuk B-1 tetapi Soviets being Soviets they made it bigger and better. B-1 Lancer boleh memecut sehingga Mach 1.25 dan membawa 35 000 kilogram bom. Blackjack mempunyai kelajuan maksimum Mach 2.03 dan mempu membawa muatan senjata sehingga 40 000 kilogram.


Prototaip pertama dibina pada 1981 dan memulakan operasi pada tahun 1987. Ia memerlukan 4 anak kapal untuk beroperasi dan sangat ditakuti oleh pihak NATO kerana kepantasan dan kemampuan melancarkan misil anti perkapalan terhadap kapal pengangkut kapal terbang. Selepas kejatuhan Soviet majoriti pesawat Blackjack dihentikan dari operasi tentera udara. 
Pada tahun 2005 proses permodenan Tu- 160 dilakukan dan sistem avionik dan kawalan pesawat diberi penaik tarafan. Sejak 2007 11 Tupolev Tu-160 Blackjack moden beroperasi dengan Tentera Udara Kesatuan Soviet. Perang dingin mungkin sudah lama tamat tetapi sistem senjata yang mampu memuaskan dunia masih wujud.

lesbian Islam pertama yang 'berkahwin' .... subhanallah...

Dua orang gadis Pakistan telah menjadi pasangan lesbian Islam pertama yang 'berkahwin' di dunia. Upacara itu dilangsungkan di UK. Rehana Kausar dan Sobia Kamar telah menerima ugutan mati semasa upacara itu semalam. Menurut mereka, sebelum mereka ke UK, di Pakistan mereka seringkali menerima ugutan mati dari rakyat negara itu kerana perbuatan mereka menyalahi agama Islam. Right now mereka berdua dalam proses menjadi penduduk tetap di UK.