Di langit pertama: amalan orang yang suka mengumpat akan dihempaskan ke mukanya.
Di langit kedua: amalan orang yang bermegah dengan kebendaan akan dipukulkan semula ke mukanya.
Di langit ketiga: amalan orang yang takabbur akan dipukulkan ke mukanya
Di langit keempat: amalan orang yang ‘ujub (merasa bangga kerana banyak amalan hingga menghairankan dirinya) akan dipukulkan amalannya ke belakang dan perutnya.
Di langit kelima: amalan orang yang hasad dengki akan dipukulkan ke mukanya semula.
Di langit keenam: amalan orang yang tidak bersifat rahim (cth mentertawakan orang yang dalam kesusahan) akan dipalukan ke muka tuannya.
Di langit ketujuh: amalan orang yang riak akan dipalukan amalannya ke muka dan segala anggota badannya dan…
Di langit kelapan: amalan orang yang tidak benar-benar ikhlas akan dilaknati oleh Allah.