Tuesday, August 28, 2012

Tips Membaca Karakter Seseorang dari Tulisan Tangan



Saat kita menulis sebenarnya tangan kita hanya sebagai alat untuk memegang pena. Gaya tulisan kita itu berasal dari pikiran bawah sadar kita. maka bisa dikatakan bahwa tulisan bisa mengungkapkan berbagai perasaan emosi si penulisnya. Tentu saja untuk mengetahuinya tidak sembarangan ada ilmu membaca rahasia dibalik tulisan tangan atau yang disebut dengan graphology. Ambil pulpenmu dan tuliskan sesuatu, yang mana yah kira-kira karaktermu? Berikut penjelasan secara garis besarnya.
Tekanan
Dari kuat atau ringannya tekanan tulisan seseorang kita dapat mengetahui karakter orang tersebut. Bisa kamu perhatikan dengan memperhatikan bekas goresan dibalik kertas.
Tekanan yang kuat:
Orang yang tulisannya tebal hingga menimbulkan bekas coretan dibalik kertas biasanya mereka memiliki emosional yang tinggi. Terlalu mendalami perasaan mereka baik itu bahagia atau sakit hati. Mereka menyerap segala suatu seperti spon. Biasanya mereka juga memiliki selera yang tinggi. Tegas dan memiliki keinginan yang kuat bahkan cenderung memaksakan orang lain untuk menuruti kemauan meraka. Makanya tak jarang orang yang memiliki tekanan tulisan seperti ini biasanya kaku susah menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Tekanan yang ringan:
Tulisan yang memiliki tekanan halus mencerminkan kepribadian yang tenang dan santai. Mereka lebih bertoleransi pengertian sulit mengambil keputusan dan biasanya mudah terpengaruh
Ukuran
Tulisan besar
Orang yang menulis dengan ukuran tulisan yang besar biasanya cenderung suka diperhatikan selalu ingin tampil didepan dan ingin didengarkan.
Tulisan kecil
Orang yang menulis dengan ukuran kecil biasanya lebih memperhatikan detail introspektif cenderung lebih pendiam dan mandiri
Kemiringan
Miring ke kanan
Orang dengan tulisan seperti ini biasanya memiliki karakter yang impulsif emosional aktif suka bergaul ramah menyukai tantangan lebih terbuka (ekstrovert) dan ekspresif.
Miring ke kiri
Jenis tulisan seperti ini biasanya penulisnya bersikap menutup diri (introvert). Lebih protektif selalu berpikir logis dan mencerminkan sifat seseoarang yang lebih menarik diri.
Tegak lurus
Orang yang memiliki tulisan tegak lurus mencerminkan seseorang yang bisa mengontrol diri dan bisa menahan.

Friday, August 24, 2012

RO water...???


Air RO digunakan pada pesakit buah pinggang ketika melakukan proses dialisis. Air ini telah dikosongkan mineralnya bagi membolehkan berlakunya proses keterbalikan di mana racun seperti logam berat boleh dikeluarkan.

Adakah air ini lebih baik daripada air mineral? Ia menjadi baik apabila ginjal gagal berfungsi tetapi dalam keadaan biasa air mineral yang patut diutamakan. Ginjal mampu membuang keluar semua mineral yang tidak perlu daripada tubuh. Jika keadaan ginjal menjadi lemah dengan sebab-sebab kelebihan mineral tertentu, ahli-ahli herba akan memberikan herba yang bersifat diuretik pada pesakit tetapi bukannya air RO.

Kalau kita membuat perbandingan dari sunnah maka kita akan menemui beberapa hadis Rasullulah S.A.W. menyatakan bahawa air yang terbaik itu ialah air zam-zam. Air zam-zam ialah mineral bukan RO dan pengambilan RO yang berpanjangan akan mengakibatkan kesan sampingan pada tubuh.

Air mineral HPA (walaupun ditulis air minuman) mengandungi mineral yang tinggi serta melalui tapisan dari logam berat merupakan cadangan kita untuk dijadikan ubat. Testimoni yang diterima dari seorang tua, katanya penyakit gatal badannya hilang dengan hanya minum air mineral HPA sehari 2 liter. Inilah kelebihan air mineral daripada air reverse osmosis.

Apa yang boleh menyebabkan ASIDIK/KERACUNAN pada tubuh/darah?
Makanan seharian kita umpama Daging Ayam, Daging Kambing/Lembu, Roti, Nasi, Mee, Prata, Air Berkabonet, Merokok, MSG (MonoSodium Glutamate),Tea, Kopi, Nescafe dan lain-lain lagi adalah berunsur/bersifat asidik!

Ini bermakna kita tidak dapat mengelakkan sifat asidik pada sistem darah kita setiap saat dan masa selagi kita hidup!

Apakah cara yang boleh untuk menstabikan/meneutralkan semula kesan ASIDIFIKASI ini?

Hanya sesuatu yang bersifat ALKALI sahaja yang boleh meneutralkan sifat KEASIDAN / ASIDIFIKASI ini.

Air yang bersifat ALKALI dapat menjalankan fungsi-fungsi tersebut iaitu MENEUTRALKAN ASIDIFIKASI dalam makanan yang dimakan.

Air yang bersifat ALKALI mempunyai 6 unsur utama (unsur yang sama seperti air zam-zam) iaitu :-

1. Mineral bersifat Alkali

2. Mengandungi Elektrolit

3. Oksigen yang lebih padat

4. Rantaian molekul air yang lebih kecil

5. Mengadungi Elektron (Ion negatif) berlebihan (Excess Electron)

6. Tenaga Gema (Keistimewaan sebenar air Alkali)


Kata-kata dari pemenang anugerah Nobel 2 kali Dr Otto Warburg :-

“Apabila sel sihat kehilangan oksigen, ia akan bertukar menjadi kanser!” 

Bagaimana Kanser terjadi???

Memakan makanan yang berunsur ASIDIK tanpa meneutralkannya akan menyebabkan sel-sel mula tidak seimbang.

Bermulalah proses penyakit yang paling ditakuti manusia iaitu BARAH ataupun KANSER!

Keburukan Reverse Osmosis Water

Ujian yang dijalankan ke atas penggunaan Air Reverse Osmosis untuk meneutralkan tahap ASIDIK pada air yang disebabkan oleh makanan ternyata membuktikan bahawa ia gagal meneutralkan tahap asidifikasi.

Oleh itu, air ini tidak sesuai untuk diminum dan digunakan oleh tubuh badan manusia memandangkan ia berupaya membawa penyakit seperti kanser dan barah. Maka, jauhilah pengambilan air ini!

ahli ilmuan islam bidang perubatan...


1.0 PENGENALAN

Semua ahli sejarah moden mengakui bahawa perkembangan ilmu
perubatan di barat banyak dipengaruhi oleh perubatan muslim. Sebelum abad ke-14, tidak ada ilmu yang bernilai dipraktikkan di Eropah melainkan sesudah kedatangan ilmu perubatan ke sana, kemudian apabila ilmu perubatan Islam sampai ke sana, ilmu perubatan muslim telah dikaji dengan bersungguh-sungguh oleh penuntut-penuntut di Eropah.

Tanpa kita sedari, seabad yang lalu iaitu dalam abad ke-19 masihi, ilmu perubatan muslim mula dihapuskan di dalam kurikulum ilmu perubatan di Eropah. Mereka mula menyatakan bahawa tokoh-tokoh ilmuan mereka adalah yang pertama membuat penemuan-penemuan baru seperti Corpernicus (meninggal dunia 1543) adalah tokoh pertama dalam bidang Astronomi dan Paracelsus (meninggal dunia 1541) adalah tokoh dalam bidang perubatan dan kimia.

Ilmu perubatan muslim bermula pada zaman Bani Umayyah (661-720 masihi) dan berkembang pesat dalam zaman Abbasiyah (750-1258 masihi). Islam sangat menitikberatkan kesihatan umatnya. Kehebatan para ilmuan Islam ketika itu adalah mereka yang pakar dalam bidang sains falsafah dan dalam bidang perubatan adalah orang yang sama dan mereka ini dipanggil “Hakim”.

Tahukah anda, bahawa kebanyakkan ilmu perubatan muslim dicedok dari ilmu perubatan di Parsi, Yunani, India, dan Mesir. Maka, ilmu perubatan muslim terpancar sebagai integrasi antara- teori-teori perubatan Yunani, warisan Hippokrates selain daripada pengalaman bangsa Parsi dan India kerana para doktor Parsi dan India berkepakaran khusus dalam bidang pharmakologi.

Dalam bidang perubatan, begitu ramai ahli dan sarjana perubatan wujud bagi mengembang ilmu perubatan diserata dunia. Antara sarjana perubatan muslim yang terawal ialah AL-HARITH IBN KALADAH (634M) yang berasal dari Thaif dan mula mempelajari ilmu perubatan di Yaman dan mempelajari ilmu ubat-ubatan di Parsi.

Dalam kajian ini, akan membicarakan beberapa orang tokoh sarjana perubatan Islam yang agung yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan Islam seperti Ibnu Sina , Abu Qasim Al-Zahrawi dan Al-Razi.


2.0 IBNU SINA BAPA SEJARAH SAINS

2.1 Latar Belakang

Avicenna adalah satu nama yang sentiasa meniti dibibir-bibir masyarakat barat di Eropah. Kehebatan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan bahkan dalam bidang falsafah beliau banyak mempengaruhi kebudayaan di barat. Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Anak berbangsa Parsi ini, dilahirkan di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan pada 375 Hijrah bersamaan 985 Masihi.

Beliau mula menimba ilmu secara tidak formal sejak usia 5 tahun lagi. Hasil bimbingan sahabat karib ayahnya Abu Abdullah Natili, seusia 10 tahun beliau sudah berjaya menghafal Al-Quran. Dalam usia 10 tahun juga, beliau telah memumtazkan diri dalam cabang ilmu agama seperti fiqh, ususluddin, tafsir, tassawuf dan sebagainya. Antara bidang ilmu kemanusiaan yang berjaya dikuasainya ialah kedoktoran, falsafah, geometri, astronomi, matematik, sastera, muzik, politik, fizik, kimia dan kosmologi.

Pada usia meniti 18 tahun beliau telah dianugerahkan gelaran “Doktor Di-Raja” setelah beliau berjaya mengubati penyakit Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 Hijrah bersamaan 997 Masihi yang gagal diubati oleh doktor-doktor lain. Kehebatan dan kepakaran beliau membawa beliau digelar al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Sepanjang hidupnya, beliau telah banyak memberi sumbangan khususnya dalam bidang perubatan sebelum beliau menghembuskan nafas beliau yang terakhir di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 Hirah bersamaan 1037 Masihi.

2.2 Sumbangan dan Pencapaian Ibnu Sina

2.2.1 Hasil Tulisan dan Ensiklopedia

Sebagai seorang ahli perubatan dan falsafah serta dalam masa yang sama beliau banyak terlibat dalam bidang-bidang lain, beliau banyak menghasilkan karya-karya dan tulisan sebagai panduan dalam sesuatu bidang khususnya dalam bidang perubatan. Beliau telah menghasilkan 250 karya yang masih kekal sehingga hari ini termasuk 116 karyanya khas dalam bidang perubatan.

Antara karya beliau yang terkenal adalah “Al-Qanun Fi Al-Tibb” (Peraturan Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid diterbitkan di Rom pada tahun 1593 dan telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Karyanya ini telah dialih bahasa ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona sebaik sahaja beliau berpindah ke Toledo, Sepanyol dalam kurun ke-12 Masihi. Kehebatan karya beliau menjadikan karyanya sebagai sumber rujukan utama di universiti-universiti terkemuka di Eropah terutamanya di Itali dan Perancis sehingga kurun ke-17. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Karyanya ini, telah cetak semula sebanyak 16 kali, 15 kali dalam bahasa Latin dan satu kali dalam bahasa Yahudi. Menjelang abad ke-16, karyanya ini telah dicetak sebanyak 21 kali. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, karya tersebut telah dialih bahasa ke 15 buah bahasa antaranya bahasa Inggeris yang dikenali sebagai Precepts of Medicine.

Selain daripada “Al-Qanun Fi Al-Tibb”, Ibnu Sina juga telah menulis satu karya yang bertajuk Remedies for The Heart yang mencangkirkan sajak-sajak mengenai perubatan. Dalam buku beliau ini, terdapat 760 jenis penyakit beserta dengan cara untuk menawarkan penyakit-penyakit tersebut.

2.2.2 Teori-teori dan Pendapat

Penulis-penulis barat menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Doktor” kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen juga pengalaman daripada sarjana perubatan di India dan Parsi bersama pengalaman beliau sendiri menghasilkan penemuan-penemuan baru yang lebih baik dari sebelumnya. Beliau berpendapat bahawa perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh manusia.

Beliau telah memperkenalkan satu cabang ilmu perubatan iaitu ilmu perubatan psikosomatis atau “psychosomatic medicine” yang menggabung ilmu psikologi dan perubatan dalam membantu pesakit yang mengalami ganguan emosi dalam hidup. Beliau telah memperluaskan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika (1981) menerangkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai. 
Ini merangkumi :
a. Kuat atau denyutan yang lemah.
b. Masa antara denyutan.
c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang, hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi oleh pesakit.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:

Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan).

2.2.3 Penemuan-Penemuan

Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Ibnu Sina ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis, beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku, juga menerangkan penyakit yang menyebabkan penyakit kuning (jaundice).


3.0 ABU AL-QASIM KHALAF PAKAR BEDAH MUSLIM

3.1 Latar Belakang

Masyarakat Eropah menggelar Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi sebagai Abucasis. Pakar bedah muslim yang terkenal itu dilahirkan pada 936M di Zahra yang terletak berdekatan dengan Cordoba, Sepanyol semasa pemerintahan Khalifah Abdur Rahman III. Abu Qasim meninggal dunia pada tahun 1013 dengan meninggalkan asas perubatan yang akan diingati sepanjang zaman.

3.2 Sumbangan dan Pencapaian

Di kalangan ahli perubatan Islam, beliau dikenali sebagai perintis ilmu pengenalan penyakit (diagnosis) dan cara penyembuhan penyakit telinga, Abu Qasim telah merintis pembedahan telinga untuk mengembalikan fungsi pendengaran dengan cara memerhatikan secara saksama anatomi saraf-saraf halus, pembuluh-pembuluh darah dan otot-otot.

Selain itu, beliau turut mempelopori pengembangan ilmu bagi penyakit kulit. Abu Qasim pernah mengarang beberapa buah buku tentang bidang kedoktoran dan peralatan-peralatannya dalam sebuah ensiklopedia perubatan bertajuk At-Tasrif liman ‘Azija ‘an at-Ta’lif yang menerangkan secara jelas diagram mengenai 200 peralatan pembedahan. Ilustrasi diagram tersebut memberi gambaran banyak peralatan yang boleh digunakan untuk keperluan perubatan pergigian.

Pada bahagian akhir buku karangannya yang mengandungi 30 bab itu, beliau menyatakan tentang luka dan cara pembedahannya, pengubatan tulang yang remuk, penyakit gigi sekali gus dengan kaedah perubatannya tentang pembakaran luka dan pembersihan kotoran dalam rahim selepas bersalin. Buku itu kemudian meletakkan dasar-dasar pengembangan kedoktoran pergigian di Eropah. Malah beberapa bahagian penting dalam buku tersebut telah diadaptasi oleh seorang ahli bedah Perancis yang terkenal di Eropah, Guy de Chauliac. Al-Tasrif diterjemahkan buat kali pertama dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona dan diikuti oleh beberapa terbitan lain di Eropah.

Pada abad ke-12, secara umumnya kaedah perubatan kesihatan yang terbaik adalah di negara-negara Islam. Baghdad, misalnya, pada tahun 1160 mempunyai lebih daripada 60 buah klinik. Malah para doktor dan ahli farmasi di Baghdad perlu mendapat latihan secukupnya sebelum terjun ke dunia perubatan. Dr. Donald Campbell dalam bukunya, Arabian Medicine and Its Influence on the Middle Ages, mengakui bahawa buah fikiran Abu Qasim banyak dipengaruhi oleh sistem perubatan Barat. Di Eropah, beliau pernah menerima pujian sebagai ahli perubatan yang mempunyai reputasi tinggi seperti mana Galen dan Hippocrates. Sehingga abad ke-15, silibus pelajaran media di Universiti Tubingen masih menggunakan salah satu karya Abu Qasim iaitu Kitab al-Masnur.

Sebahagian daripada penulisannya mengenai perubatan diterbitkan ke dalam bahasa Latin yang bertajuk Liber Theorical nec non Practiceas-Sharavii(1519). Bukunya yang lengkap mengenai ulasan pembedahan, Abulcasis de Chirurgia Arabice et Latine Cura Johannis Channing, telah diterbitkan di Venice pada 1479, Basla (1541) dan Oxford (1778). Karyanya yang lain ditemui dalam buku History of Medicine jilid I oleh M.Neuberger pada 1910 dan Carl Brockelmann menjumpai karyanya dalam buku Geschichte der Arabischen Literatur jilid I pada 1898.


4.0 AR-RAZI PAKAR FARMASITIKAL

4.1 Latar Belakang

Al-Razi merupakan seorang tokoh perubatan Arab yang terkenal pada Zaman Pertengahan. Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariya tetapi di kalangan masyarakat Eropah, beliau lebih dikenali dengan nama Rhazes. Beliau yang berbangsa Parsi dilahirkan di Rayy berhampiran Tehran, Iran pada tahun 864M bersamaan 251H.

Memandangkan minatnya yang tinggi dalam bidang tersebut, beliau telah dilantik sebagai ketua di sebuah hospital di Rayy setelah kembali dari Baghdad. Seterusnya beliau dilantik sebagai Pengarah di sebuah hospital utama di Baghdad semasa pemerintahan Adhud Daulah. Sebaik sahaja bersara, beliau kembali ke kampungnya di Rayy di mana beliau telah mengajar kesihatan di hospital tempatan dan menyambung minatnya dalam bidang penulisan. Al-Razi akhirnya meninggal dunia pada tahun 930 M.

4.2 Sumbangan

Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang. Beliau menjadi perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Walau bagaimanapun, jasa beliau dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Beliau digelar "Bapa Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit kanak-kanak. Beliau juga orang yang pertama mengenalpasti penyakit 'hay fever' dan penyebabnya.

Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan. Beliau juga adalah pakar bedah yang terkemuka dan orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.

Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata. Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa dan juga saintis pertama yang membincangkan mengenai pembesaran dan pengecilan pupil mata. Beliau menerangkan bahawa reaksi tersebut berlaku kerana tindak balas terhadap keamatan cahaya.
Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing. Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan campak. Al-Razi merupakan orang yang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut. Ini dicatatkan dalam buku beliau yang bertajuk Al-Judari wa al Habsah.

Al-Razi juga telah memperkenalkan perkara-perkara berikut dalam ilmu farmasi:
a. Penggunaan ubat untuk melawaskan pembuangan air besar secara lembut
b. Penggunaan air sejuk untuk menyembuhkan demam yang melarat
c. Penciptaan benang seton dan pembakaran tisu untuk kes-kes luka
Al-Razi juga menekankan hubungan di antara doktor dan pesakit. Beliau menyarankan agar wujudnya ikatan kepercayaan antara kedua-dua pihak ini: "Komen yang positif daripada doktor akan menguatkan semangat pesakit, membuatkan mereka rasa lebih selesa serta membantu proses pemulihan". Beliau juga mengingatkan kepada para pesakit: "Bertukar-tukar doktor pula akan hanya membazirkan kesihatan, masa dan wang pesakit itu sendiri".

4.3 Hasil Karya

Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya adalah berkaitan bidang perubatan. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Antara kitab yang telah beliau hasilkan ialah Kitab al-Mansuri, Kitab al-Hawi Fit-Tibb, Kitab al-Muluki dan Kitab al-Judari wa al-Hasabah.

Kitab al-Hawi Fit-Tibb merupakan karya beliau yang termasyhur. Kitab ini juga dikenali sebagai 'Comprehensive Book' yaang merangkumi ilmu perubatan patologi dan terapi dari sumber-sumber Yunani, India dan Arab. Sepanjang hidupnya, beliau telah membuat pelbagai kajian mengenai ilmu perubatan. Beliau akhirnya telah menghimpunkan kesemua pengalaman perubatan tersebut ke dalam Ensiklopedia Perubatan yang berjumlah 20 jilid. Kitab al-Hawi merupakan pecahan terbesar di mana ia meliputi 9 jilid. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dengan nama 'Liber Continens' oleh doktor perubatan Yahudi berbangsa Sicily, Faraj Ibn Sallim (Farragut) pada 1279M dan diulang cetak beberapa kali pada 1509M di Venice dan juga 1528M, 1578M dan 1745M di Paris.

Kitab al-Mansuri pula merupakan kitab perubatan pertama yang ditulis oleh beliau. Ia dinamakan sempena nama pemerintah Rayy pada masa itu iaitu Mansur Ibn Ishaq. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1480M di Milan dan dikenali dengan nama 'Liber AlMansoris'. Ia mengandungi 10 jilid dan sebahagian daripadanya telah diterbitkan ke dalam bahasa Jerman dan Perancis. Terjemahan jilid ke-9 yang telah ditulis oleh Gerard Cremona dengan nama 'Nonus Al-Mansuri' adalah teks terkenal di Eropah sehingga kurun ke-16. 

Kitab al-Judari wa al-Hasabah pula adalah kajian menyeluruh yang pertama berkenaan penyakit cacar dan campak. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Latin buat kali pertama pada 1565M dan kemudian ke dalam bahasa-bahasa lain dan diulang cetak sehingga 40 edisi di antara 1498-1866M. Ia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh William A. Greenhill di London pada 1848M. Tesis berkenaan kedua-dua penyakit ini diiktiraf sebagai kajian sistematis yang sulung dalam sejarah perubatan. Pada masa yang sama juga, beliau telah menyarankan beberapa petua untuk merawat kedua-dua penyakit tersebut.


5.0 PENUTUP

Konklusinya, dengan lahirnya tokoh-tokoh atau sarjana-sarjana Islam di atas menunjukkan bahawa Islam menitikberatkan umatnya tentang pentingnya menimba ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan, ia menunjukkan bahawa umat Islam merupakan umat yang sentiasa maju ke hadapan. Lahirnya tokoh-tokoh dalam bidang perubatan seperti Ibnu Sina, Al-Razi dan Abu Qasim membuktikan Islam pada zaman dahulu telah menerokai dunia ilmu pengetahuan kerana:

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,"
Ayat ini memberitahu kita bahawa ilmu pengetahuan amat penting dan umat Islam perlu mencari ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan, ia dapat menarik manusia memeluk agama Islam dan meninggikan martabat umat Islam itu sendiri. Selain dalam bidang perubatan, Islam juga telah melahirkan sarjana-sarjana dalam bidang kimia, astronomi, matematik atau ilmu hisab dan banyak lagi bidang yang telah diterokai oleh sarjana-sarjana Islam. Ini sudah cukup membuktikan Islam merupakan satu kuasa besar yang menguasai ilmu pengetahuan. Kita sebagai generasi zaman yang serba canggih ini perlu berusaha menguasai ilmu pengetahuan agar Islam terus kekal sebagai kuasa besar dalam bidang ilmu pengetahuan.

peti yg menjadi rebutan yahudi...



Gambaran Tabut oleh Yahudi

Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka : “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah S.W.T.) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang mamberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
Surah al-Baqarah ayat: 248

Apabila Bani Israel di zaman Nabi Daud meminta seorang raja untuk menyatu padukan mereka dan memimpin mereka untuk menghadapi peperangan, Allah memperkenankan doa mereka, Allah jadikan Tolut sebagai raja mereka dengan didatangi oleh malaikat peti Tabut sehingga mereka dapat mengalahkan musuh-musuh mereka. Peti tersebut mempunyai barang peninggalan Nabi Musa, Nabi Harun dan barang-barang orang-orang soleh dari keturunan Yahudi. Mereka mendapat ketenangan dengan peti tersebut.

Telah jelas kepada kita bahawa peti tersebut adalah mulia pada sudut sejarah di zaman Nabi Musa dan Nabi Harun, kita tahu sesungguhnya Allah S.W.T. telah menurunkannya pada Nabi Musa yang mengandungi wasiat-wasiat berguna sebagaimana terdapat juga pada kitab Taurat sebagai bukti, dan ketika Nabi Musa mengadap Allah S.W.T. di Bukit Thur Sina. Di antara bahan sejarah tersebut telah diambil oleh musuh Yahudi selama tujuh bulan.

Terdapat dalam Taurat menceritakan bahawa Tabut adalah diukir daripada kayu dan emas kerana mengikut perintah Allah, panjang Tabut adalah satu meter atau 1/4 meter sementara lebar 75 sentimeter. Demikian juga tinggi nya. Diriwayatkan Bani Yahudi akan membawa Tabut di barisan hadapan tentera mereka supaya mendapat kemenangan, mereka mempercayai Tabut akan memberi kemenangan kepada mereka. Terdapat riwayat daripada Nabi Daud yang mengatakan mereka akan mendapat kemenangan apabila mereka kembali memilki Tabut.


Tabut dibawa dibarisan hadapan mereka supaya mendapat kemenangan.

Tabut pada pandangan Yahudi lebih suci dari segala kitab-kitab suci yang terdapat pada mereka, mereka meletakkannya di tengah khemah dan Nabi Daud akan hadir bersama mereka.

Dan ketika Nabi Sulaiman membina binaan (tempat suci), Nabi Sulaiman meletakkannya di sudut yang paling tinggi, dalam bilik yang tidak berjendela dan di hadapan mihrab kerana mereka percaya Roh Allah S.W.T. akan menjelma pada Tabut, dan ketika runtuhnya tempat suci itu, maka hilanglah Tabut dan terbakar bersama binaan yang telah dibina oleh Nabi Sulaiman.

Terdapat berbagai kisah tentang Tabut, sehingga terdapat kisah juga yang mengatakan anak nabi Sulaiman, hasil perkahwinan dengan Puteri Balkis telah melarikan Tabut ke Mesir. Kemudian ke Habsyah tetapi Yahudi tetap mencari Tabut yang berbentuk kotak kecil diperbuat daripada kayu yang telah berusia paling sedikit 3200 tahun.


Ketaksuban untuk mencari Tabut ini dapat dilihat di dalam filem Hollywood.


Kesannya

Sesetengah daripada kaum Yahudi berpendapat Tabut tersimpan d ibawah Masjid Al-Aqsa. Di mana terdapat juga orang-orang Palestin memberi kerjasama mencari Tabut kerana terdapat riwayat seorang lelaki Jordan telah ternampak peti tersebut ditanam di satu tempat di Masjid Al-Aqsa. Kaum Yahudi akan tetap mencari Peti Tabut tersebut walaupun memakan masa berkurun tetapi untuk membuktikan bahawa mereka adalah kaum yang memihak kepada kebenaran. Sebenarnya mereka sendiri telah terpesong jauh dari hakikat kebenaran, mereka sendiri memutarkan belitkan fakta sejarah. Semua yang Yahudi cari, Yahudi akan menganggapnya satu perkara yang suci.

Diantara Pencarian yang telah ditemui oleh kaum Yahudi.

Peti Tabut ini mungkan di antara peti rahsia yang tidak sebenar kerana kaum yahudi sendiri telah menipu sesama mereka sehingga sukar mereka menemui peti sebenar.

Apa yang mereka dapati dalam peti ini adalah sedikit batu kesan sejarah dan lain-lain barang yang diperbuat daripada emas.

Pencarian masih lagi dilakukan sekarang ini di bawah Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya. Ini telah merosakkan struktur asas binaan masjid ini (lihat gambar di bawah). Tetapi malangnya ramai umat Islam yang lena tidur dibuai oleh permainan Yahudi di media massa dan sebagainya.

wallahuaklam... x tau laaa cite ni tul ke x... sape2 yg tau ce kongsi bersama k...

jilat jari selepas makan...

Sudah menjadi amalan untuk setiap bagi kita menggunakan tangan sebagai anggota utama untuk menyuap makanan ketika menjamah setiap jenis makanan. Malah, sudah selari dengan pandangan dan pemahaman budaya bagi setiap masyarakat di Malaysia, golongan Melayu lebih cenderung menggunakan tangan untuk makan berbanding menggunakan sudu dan garfu.

Namun, pasti antara kita sebenarnya tidak mengetahui tentang kelebihan dan kebaikan yang sebenar menggunakan jari ketika makan. Di dalam agama Islam, Allah S.W.T telah memilih Rasulullah S.A.W untuk dijadikan model dan peranan kepada seluruh umatnya bagi mengikut segala amalan dan kebaikan yang dibawa oleh Rasul terakhir itu. Antara perbuatan Rasulullah S.A.W yang menjadi sunah dan perlu diikuti tentang aspek etika diet dan tatacara pemakanan sihat Rasulullah ialah makan menggunakan jari dan menjilat jari setelah selesai makan.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.” – Shahih Muslim; 2035.

Daripada Kaab bin Malik Radiallahhuanhu berkata,
“Aku telah melihat Rasullullah S.A.W sedang makan dengan tiga jari, maka apabila selesai, Rasullullah menjilat jarinya.”

Mengikut sunah Rasulullah, baginda sering makan menggunakan tiga jari dan pasti akan menjilat jarinya selepas selesai menjamah makanan kerana pada hakikatnya, setiap jari itu mengandungi enzim dan asid yang membantu menghadam makanan.

Malah, kenyataan itu juga turut diperakui oleh pengkaji saintifik yang mengesahkan jari-jari kita mempunyai asid dan enzim juga sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan dan dapat menyembuhkan penyakit sembelit.

Amalan itu sudah lama diamalkan oleh Rasulullah dan masih lagi digalakkan kepada umatnya walaupun sudah hampir lebih dari 1,400 tahun amalan sunat itu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita meskipun ramai di antara kita memandang enteng perkara seperti ini.

Asid dan bahan kimia yang terdapat di jari kita sememangnya mempunyai fungsinya sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa kita tidak menggalakkan kita mengambil makanan dengan menggunakan tangan atau jari. Sebaliknya, kita harus menggunakan sudu kerana makanan akan cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim di jari kita.

Begitu jugalah proses pencernaan akan berlaku dalam perut kita sekiranya kita mengamalkan sunah yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Islam itu adalah agama yang terlalu mudah untuk diamalkan oleh umatnya dan setiap perkara yang dibawa dan diajar oleh Rasulullah S.A.W itu mempunyai maksud dan manfaat yang tersirat yang terkadang itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia lain.

Marilah kita sama-sama amalkan didikan dan sunah terbaik ini sebagai cara hidup yang terbaik dalam tingkah laku seharian baik di dalam perilaku kita atau pun hal berkaitan dengan pemakanan.


tips jaga bateri telefon...


1. Jangan guna handphone sampai bateri abis langsung atau terpadam terus! Tak baik untuk kesihatan bateri tu.

2. Jimat menggunakan bateri handphone dengan mematikan features yang jarang digunakan. Anda ingat bahawa bateri handphone anda ada umur berdasarkan kitar hayat pengecasannya? Semakin banyak anda menggunakan kuasa bateri anda, maka semakin kerap anda perlu mengecas bateri berkenaan, bererti kitar hayat cas bateri handphone anda akan cepat habis. Untuk mengelakkan hal tersebut, anda perlu berjimat dengan mematikan features yang tidak atau jarang anda gunakan.

3. Ada beberapa features yang banyak menggunakan tenaga yang biasa terdapat dalam handphone canggih/smartphone, yang terkadang kita sendiri tidak begitu sedar kewujudannya, namun tetap aktif meskipun kita tidak ingin menggunakannya seperti Bluetooth, Wi fi, 3G, screen saver dan lain-lain. Matikan features tersebut jika ia tidak digunakan.

4. Jangan biasakan menelefon sambil mengecas handphone anda. Ini juga termasuk kebiasaan buruk beberapa pengguna handphone. Selain tidak baik untuk kesihatan (kerana ketika mengecas tahap radiasi dan suhu bateri bertambah), menelefon sambil mengecas handphone juga akan menggunakan kuasa bateri, sehingga secara tidak disedari, ini akan memanjangkan proses pengisian tenaga di dalam bateri.
Biasakan untuk mematikan hand phone atau sekurang-kurangnya mematikan vibrate features ketika sedang mengecas.

Mematikan handphone ketika mengecas adalah tindakan yang bijak, tujuannya adalah untuk melancarkan proses pengecasan tanpa adanya gangguan dan tidak membebani bateri yang sedang di cas.

5. Jangan sesekali terlebih tempoh cas bateri.

Ini juga salah satu kebiasaan buruk yang sering dipraktikkan. Terkadang kita malas atau lupa untuk segera menghentikan proses mengecas, walaupun sebenarnya bateri handphone kita sudah penuh. Paling dahsyat, kita biasanya suka melakukan proses mengecas ketika hendak tidur. Proses mengecas normal untuk bateri modern biasanya sekitar 2-4 jam, bila kita membiarkannya semalaman dalam kondisi cas (anggap kita tidur sekitar 6 jam), maka bateri akan mengalami “overcharge” selama 2 – 3 jam, dan ini bukanlah baik untuk bateri kita. “Overcharging” bateri adalah salah satu pembunuh tersembunyi yang dapat mempercepat kematian umur bateri.

6. Jangan menelefon dalam keadaan bergerak.

Menerima atau membuat panggilan dalam kenderaan memerlukan tenaga yang tinggi. Ini kerana handphone berusaha untuk mencari signal dari BTS yang terdekat. Aktiviti inilah yang memakan tenaga bateri yang banyak. Apatahlagi jika anda menggunakan sambungan internet dalam keadaan bergerak.

7. Jangan letak handphone anda di tempat yang panas.

Suhu udara yang panas adalah musuh utama setiap komponen gadget/peralatan elektronik. Baik panas atau sejuk yang berlebihan boleh merosakkan komponen tersebut, termasuk juga bateri handphone. Tertinggal di dalam kereta di cuaca panas terik, bermakna anda perlu bersedia untuk beli bateri baru.

8. Gunakan original charger.
Charger yang original direka dengan aliran arus yang sesuai untuk mengecas bateri handphone tersebut. Charger orang lain atau menggunakan charger yang tidak sesuai akan mempengaruhi aliran daya ke bateri dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya.

9. Jangan sesekali biarkan handphone anda terjatuh (handphone NOKIA terutamanya)

Mungkin hanya orang yang kurang waras atau duitnya banyak yang suka menjatuhkan HP sendiri dengan sengaja. Lainlah kalau jatuhnya secara tidak sengaja, tetapi situasi inilah yang sering kita alami. Selain dari mempengaruhi komponen yang lain, ketika jatuh bateri boleh saja mengalami litar pintas, dan bila keadaannya parah, bateri boleh saja rosak serta merta.

10. Elakkan cas handphone dalam kereta.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, arus daya yang tidak stabil dalam proses cas bateri boleh merosakkan bateri dalam jangka panjang. Arus daya yang dihasilkan oleh kereta melalui lubang “cigarette lighter” sangatlah tidak stabil, terutama ketika kenderaan sedang berjalan.

11. Bersih itu asas kesihatan.
Pastikan bateri handphone anda sentiasa bersih daripada habuk dan bendasing yang tidak diingini..

Thursday, August 16, 2012

salam lebaran...



Assalamualaikum....


Semperna Bulan yang mulia ini kami sekeluarga ingin memohon maaf jika ade tersalah dan silap...

1.kata
2.bahasa
3.perbuatan
4.kelakuan
5. dll



Diharap dihari raya ini kita berbahagia disamping keluarga yang tersayang...



Berhati-hati dijalan raya...!!!


 tp kalau jalan sesak biasa la ek... kikiki...

Wassalam...

Tuesday, August 14, 2012

cepat2 sape nak tumpang...




apakah sujud tilawah...

Ibadah sujud di luar daripada solat ada DUA iaitu Sujud Tilawah dan Sujud Syukur. InsyaAllah pada kesempatan ini marilah kita sama-sama cuba memahami apakah itu sujud tilawah.

Sujud tilawah adalah sunat dan sangat dituntut menurut pendapat jumhur ulama. Sujud tilawah terdiri daripada beberapa perkara seperti istilah, syarat, rukun, dan perkara sunat. Mari kita ulas satu persatu tentang perkara-perkara tersebut.

ISTILAH

 

Sujud tilawah adalah sujud yang dilakukan di luar solat apabila kita berjumpa dengan ayat-ayat sajdah, sama ada dibaca oleh diri-sendiri atau didengar daripada orang lain.

Namun begitu sebarang bentuk rakaman seperti CD, kaset, TV, video, dan sebagainya, harus hukumnya melakukan sujud tilawah mahupun bertasbih. Harus di sini bermaksud pahala tiada, dosa pun tiada.

Ayat sajadah ialah ayat yang mempunyai perkataan sujud di dalamnya yang membawa maksud tertentu. Bagi kita orang Melayu yang tidak faham bahasa Al-Quran, terdapat cara yang tertentu untuk kita mengenali ayat-ayat sajdah ini.

Jika dalam Mashaf Uthmani (Quran Al-Karim), terdapat tanda seakan-akan kubah masjid di tempat yang perlu dilakukan sujud tersebut. Manakala bagi Quran Al-Majid (Quran lama) pula, ditulis perkataan 'sajdah' di bahagian tepi ayat tersebut dalam tulisan jawi.

SYARAT

Syarat-syarat yang perlu ada sebelum melakukan sujud tilawah :

1. Ayat itu hendaklah dibaca sehingga habis. Untuk memudahkan kita, pihak pencetak Quran telah membuat tanda kubah masjid (bagi mashaf uthmani) atau perkataan ‘sajdah‘ (bagi quran al-majid). Jangan sekali-kali sujud sebelum sampai kepada tanda tersebut.

2. Suci dari hadas, iaitu menutup aurat dan berwudhuk. Sekiranya tiada wudhuk, dan tiada juga niat dari awalnya (contohnya kita terdengar seseorang membacanya), sujud tilawah ini boleh digantikan dengan tasbih 4x (Subhanallah walhamdulillah walailahaillalah wallahuakbar). Pahalanya pula sama dengan sujud tilawah yang sempurna.

3. Tidak lama masa di antaranya, iaitu antara bacaan ayat sajdah tersebut dengan sujud tilawah yang hendak kita lakukan itu.

4. Mengadap kiblat. Tidak mengapa sekiranya ayat itu dibaca dengan tidak mengadap kiblat, cuma alihkan Quran (sekiranya ada) dan pusingkan tubuh supaya mengadap kiblat sebelum melakukan sujud tilawah.

RUKUN

Rukun adalah perkara yang mesti dilakukan untuk menjadikan perbuatan kita ini adalah sujud tilawah. Tertinggal salah satu bermakna tiadalah fadhilat yang akan kita perolehi. Boleh jadi jatuh kepada berdosa pula.

1. Niat beserta takbiratul ihram
2. Berdiri atau duduk
3. Sujud sekali
4. Salam pertama

kebaikan susu ibu... kepada ibu dan anak...

Mengapakah para ibu digalakkan untuk menyusu bayi dengan susu badan dan bukannya susu tepung ataupun susu lembu? Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sangat mencabar. Ibu harus memberi pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Kita semua digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Dalam masa pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksudlah bayi itu tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan bayi, susu pertama kental berwarna kekuningan dan ia dikenalikan sebagai kolostrum. Khasiatnya amat tinggi kerana kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia juga mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang tinggi serta lebih sel darah putih (leucocytes) yang mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

Tambahan pula, susu ibu juga mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak dan ia membantu dalam meningkatkan kepintararan bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia telah membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa. Ia juga memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak kerana sewaktu menyusu bayi, bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Bayi akan lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih ibu dan bayi akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibunya dalam proses penyusuan ini.

Selain itu, terdapat juga kebaikan terhadap ibu yang menyusui bayi sejak kelahiran anak mereka. Antaranya ialah membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Tambahan pula, ia membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat dan mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Malahan, kelebihan yang seterusnya ialah ia merupakan satu cara merancang kehamilan yang ideal secara tidak langsung kerana penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama 6 bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Oleh itu, 99 peratus kehamilan dapat dielakkan.

Menyusukan anak adalah tugas yang murni, penting dan istimewa bagi seorang ibu. Pada masa ini, kesihatan bayi dan ibu dalam negara-negara yang membangun mendapat perhatian yang penting. Yang dirisaukan ialah banyak ibu di bandar dan juga sebahagian di luar bandar tidaklah mementingkan lagi susu bagi anak mereka. Di negara-negara barat yang maju, keadaan menunjukkan ibu-ibu sudah memberi semula susu bagi anak-anak mereka tetapi di negara-negara membangun seperti Malaysia, ibu-ibu lebih suka memberi anak-anak susu botol daripada susu mereka sendiri.

Mengapakah perkara sedemikian terjadi? Maka, faktor yang menghalang penyusuan adalah disebabkan kesakitan puting susu. Pada hari permulaan, ibu mungkin berasa sakit tetapi setelah susu mengalir, kesakitan ini akan berkurangan. Terdapat sesetengah ibu yang puting susunya tersorok atau tidak dapat menegak untuk bayi menghisap, oleh itu bayi akan menghisap kulit hitam sekeliling puting dan mengakibatkan perlukaan kecil. Maka, ibu harus menarik putingnya semasa hamil 8 bulan sebagai persediaan. Faktor seterusnya ialah bengkak susu yang disebabkan jangkitan kuman ataupun takungan air susu. Jangkitan kuman dalam buah dada mengakibatkan buah dada bengkak, hangat dan sakit. Ia bolehlah dirawat secara memakan ubat yang diberikan oleh doktor dan ibu boleh membasuhnya dengan menggunakan air suam. Selain itu, sebab-sebab yang lain mungkin disebabkan sikap ibu tersebut. Misalnya, malu menyusukan anak, tiada susu dalam badan, anak tidak mahu menyusu, ketakutan merosakkan bentuk badan, malas menyusukan anak kerana kena bangun pada waktu malam dan lain-lain lagi. Maka, cara untuk memperbanyakkan susu badan ialah ibu bolehlah ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana dan cuci bersih. Kemudian potong kecil-kecil dan kisar sehingga halus. Selepas itu campurkan dengan segelas air suam dan diminta minum sebanyak 2 kali sehari.

Sehingga setakat ini, kesedaran untuk penyusuan badan adalah masih rendah berbanding dengan negara lain. Kempen menyusu badan telah diadakan di hospital seluruh negara untuk memupuk ibu-ibu menyusukan bayi-bayi lebih sihat pada masa akan datang. Misalnya, Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Ia merupakan salah satu program antarabangsa yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. Program ini bertujuan untuk mengalakkan semua hospital dan pusat bersalin melaksanakan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Di samping itu, WABA (World Alliance for Breastfeeding Action) ditubuhkan iaitu satu rangkaian global untuk pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang mempunyai matlamat yang sama. Ia bertujuan untuk menggalak, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu. WABA percaya penyusuan susu ibu adalah hak setiap ibu dan anaknya. Pada masa ini, NGO adalah kuasa penggerak di belakang kumpulan sokongan penyusuan susu ibu, berusaha melaksanakan kod antarabangsa, pertukaran maklumat dan latihan untuk pekerja dalam sektor kesihatan. Bagi mencapai matlamatnya, WABA menubuhkan 9 pasukan khas untuk menyelaras gerakan sosial, pertukaran maklumat, penyelidikan, amalan penjagaan kesihatan, wanita dan kerja, mematuhi kod, pendidikan dan latihan serta kumpulan sokongan ibu.

Penyusuan susu ibu tiada bandingan dengan susu tepung mahupun susu lembu. Tiada gambaran yang sehabis murni dan suci daripada seorang ibu yang sedang menyusukan anak kecil dengan memeluk anak itu rapat di badannya. Dengan memeluk anak kecil, dan mengalirnya air susu dari ibu kepada anak, maka kasih sayang itu turut mengalir. Kesimpulannya, dengan penyusuan itu, semua kemahuan asas anak-anak dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dengan baik dan teratur semasa dewasa kelak.



khasiat buah delima...

Rasulullah S.A.W. bersabda :  “Buah delima dan kulitnya memperkuatkan pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapat buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari syurga itu.” (Kisah sahabat)

Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : "Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima syurga di dalamnya.” (HR Abu Nu’aim)





Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa.
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing.
  • Membantu penghadaman.
  • Membuang lemak-lemak berlebihan.
  • Menambah tenaga.
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopaus.
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis.
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.
  • Mencantikkan kulit.


Dari kajian perubatan moden, Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung.
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu.

  • Menghalang pembentukan sel barah payudara. 
  • Di Jepun, terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lagi.

petua sentiasa nampak cantik dan bahagia


1. Selepas solat Isyak, ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.



Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (Al-Waaqi'ah 56:35) 


Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waaqi'ah 56:36) 

 

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi'ah 56:37) 





(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;



2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaat

tip jaga buah pinggang...


1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

2. Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei).

3. Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia seperti pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

4. Pengambilan coklat perlu dielakkan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali mengambil minuman bergas kerana ia mampu merosakkan buah pinggang.

5. Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan di ladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

sama2 amalkan...



1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah S.W.T. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah S.A.W., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
 
Rasulullah S.A.W. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AD-DHUKHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah S.A.W., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah S.W.T. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah S.A.W. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, di samping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah S.A.W., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah S.A.W. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”

Dari Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah S.A.W. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda S.A.W. membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala." 

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

apakah itu RON 95 dan 97...?

Minyak Kereta





KUALA LUMPUR,(Bernama) - Sebelum ini setiap kali mengisi minyak petrol, Izzat Amir, hanya menumpukan perhatian pada nombor yang tertera di ruang harga.

Namun sejak pelarasan klasifikasi minyak petrol kepada dua jenis RON (Research Octane Number) -- RON95 dan RON97 -- September lalu, perhatian eksekutif muda ini lebih tertumpu kepada nombor RON yang tercatat.

Izzat berasakan minyak RON95 menjadikan enjin kereta Proton Waja Premium keluaran tahun 2003 miliknya kurang mantap dan mengeluarkan bunyi bising.

Berbeza pula dengan pengalaman P.Aravind yang mengatakan beliau menggunakan RON95 untuk kereta Peugeot 207cc dan berpuas hati dengan penggunaan petrol dan kecekapan enjinnya.

Walaupun berasa skeptikal pada mulanya, Aravind mencuba RON95 selepas melihat spesifikasi pada pelekat di penutup tangki minyak.

Tetapi yang mengecewakan beliau ialah terdapat pekerja di stesen minyak yang mengatakan tindakannya menggunakan petrol yang lebih 'murah' merosakkan enjin kereta.

Seperti Izzat dan Aravind, anda juga pasti pernah melihat minyak petrol yang diklasifikasi sebagai RON95 dan RON97 di stesen-stesen minyak, terbaca pelbagai isu berbangkit mengenainya dan mungkin juga sebagai pengguna, keliru dengan klasifikasi ini.

Kerajaan memperkenal minyak petrol RON95 bagi menggantikan RON92 yang dimansuh jualannya manakala RON97 menjadi petrol premium mulai 1 Sept lalu.

Meski pun telah dihebahkan dan diberi penerangan secara meluas, masih ramai yang salah faham mengenai keperluan klasifikasi RON ini.

APA ITU RON?

RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya ialah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Pada asasnya RON ialah gred bagi keupayaan petrol menentang pembakaran tidak normal dan menjana tenaga pada masa yang sepatutnya ketika proses pembakaran.

Penggunaan RON yang betul untuk enjin kenderaan, biasanya dinyatakan di dalam manual pemilik, dan kadang kala pada pelekat yang terdapat pada penutup tangki minyak.

Pengguna seharusnya tidak bimbang mengenai hal ini kerana kebanyakan kenderaan boleh menggunakan petrol RON95 tanpa sebarang masalah atau kehilangan kuasa memecut.

Pakar kejuruteraan produk Chevron, Greg Engeler berkata ramai yang salah faham bahawa petrol dengan RON yang lebih tinggi akan menjadikan enjin lebih cekap sedangkan RON yang lebih tinggi daripada spesifikasi yang ditentukan tidak akan memberi kesan yang signifikan.

Katanya teknologi enjin, jenis kenderaan dan cara pemanduan memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan ekonomi petrol berbanding perbezaan nilai RON.

Tambahnya lagi kelebihan jangka panjang dengan penggunaan RON95 ialah bila Malaysia memenuhi spesifikasi Euro 2M, proses penerimaan teknologi baru yang lebih cekap dan mesra alam daripada Eropah akan menjadi lebih mudah.

Menurut portal majalah kereta.com.my, di Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu RON91, RON95 dan RON98.

Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin daripada pengeluar yang berlainan.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Di Eropah juga penggunaan RON95 ialah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.

CUBA SEMUA JENAMA

Jika anda masih tidak berpuas hati, pendekatan Herlina Ahmad mungkin patut dicontohi.

Pensyarah muda yang memandu Toyota Avanza 1.3 keluaran tahun 2006 ini mencuba pelbagai jenama petrol RON95 yang terdapat di pasaran dan merekodkan jumlah perjalanan dan kos secara terperinci.

Beliau mendapati walaupun perbezaan tidak begitu ketara, dua jenama kurang efisien dari segi ekonomi, satu kurang cekap dan beliau berpuas hati dengan dua lagi jenama yang lain.

"Pikap kereta normal, kadang-kadang saya memecut hingga 140km sejam. Keluar dari simpang pun macam biasa," katanya.

Begitu juga dengan Noor Shafina Adullah yang menggunakan RON95 untuk kereta Kembara yang dipandunya sejak lapan tahun lalu.

"Setakat hari ini, tiada masalah. Saya rasa ia lebih kepada kesan psikologi. Kalau ada pun perbezaan saya rasakan ialah petrol RON95 syarikat A lebih menjimatkan atau efisyen dari syarikat B," katanya yang menggunakan petrol berselang-seli dengan gas NGV.

JANGAN MEMBAZIR

Jadi, sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik ialah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisien. Mereka memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat 'mencuci', mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.

Ramai yang salah faham bila menganggap RON97 menghasilkan lebih banyak kuasa berbanding RON95, apatah lagi realitinya lebih tinggi nilai RON, lebih sukar bahan api dibakar. RON hanya merujuk kepada kemampuan bahan api untuk menahan ketukan semata-mata.

Enjin yang memerlukan nilai RON yang lebih tinggi lazimnya mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi seperti Satria GTI.

PERAKUAN PENGELUAR KERETA

Kesimpulannya, RON ialah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata.

Apatah lagi hampir semua pengedar dan pengeluar kereta di negara ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai kesesuaian model mereka dengan RON95.

Antaranya, kumpulan Automotif Naza menggalakkan pemilik kenderaan Naza, KIA dan Peugeot yang menggunakan bahan api petrol menggunakan RON95.

Syarikat itu berkata RON95 sesuai bagi kereta Naza Ria, Naza Citra, Naza Suria, Naza Citra II Rondo, Kia Sportage, Kia Carnival, Kia Carens, Kia Picanto, Kia Optima, Kia Spectra5, Kia Spectra, Kia Rondo, Naza 206 Bestari, Peugeot 206, Peugeot 407, Peugeot 308 Turbo, Peugeot 308Vti dan Naza Forza manakala Naza Sorento, Kia Sorento dan Kia Pregio menggunakan diesel.

UMW Toyota Motor juga mengeluarkan kenyataan petrol RON95 sesuai bagi kegunaan semua kenderaan Toyota dan Lexus yang dijual oleh syarikat itu.

Pengedar eksklusif kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia itu berkata pemilik kereta-kereta ini, yang ketika ini menggunakan petrol RON97, boleh beralih kepada RON95 tanpa perlu bimbang akan masalah kerosakan enjin atau hilang prestasi.

Honda Malaysia juga mengumumkan bahawa semua model yang diedarkan oleh syarikat itu serasi dengan minyak petrol RON95.

Honda Malaysia memberikan jaminan kepada semua pemandu kenderaan Honda bahawa RON95 seharusnya tidak menjejaskan mana-mana model yang diedarkan oleh wakil jualan sahnya, kecuali model Civic Type R.

Civic Type R dicadangkan menggunakan RON97 kerana enjinnya yang berprestasi tinggi, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi.


apakah perasaan anda....???


mmm.... ini kah yg dikatakan manusia....!!!

Wednesday, August 8, 2012

ikatan tudung... yg terakhir...

mmm kiki... yg dtg pasti kembali...

20 perkara...ke syurga...


amalan memakan garam... sunnah nabi...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut daripada menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani (askar Greek) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka.

Apabila dipenjarakan, mereka (penentang) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam.Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.




Amalan-amalan Sunnah Nabi S.A.W. Berkaitan Garam

Dari Abdullah Bin Umar:

"Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam.”


Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya :

Dari Anas Bin Malik, Nabi S.A.W. bersabda, "Penghulu segala lauk-pauk kamu ialah garam."

Hadis riwayat Ibnu Majah :

"Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam."


10 fakta kelahiran manusia...


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

ubat sakit kepala...


1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

5. Baca Surah An-Nas (1kali)

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA : Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

tip2 menghalau makhluk halus di rumah...


1. Masakan selalu dan akan cepat basi ( rosak ).
 
2.  Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh ke lantai.

3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam.
 
4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah.

5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN  ( Tahap Pertama )


Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1. Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seorangpun."

2. Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita di dalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
  • Al-Fatihah
  • Ayat Kursi
  • At-Takathur
  • Az-Zalzalah
  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan dilarang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3. Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

"Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang."

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

asal usul manusia...

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam a.s. Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadiannya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan InsyaAllah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM A.S. (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)



Pada suatu ketika, Allah S.W..T menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah:

"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas nama-Ku."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman : "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya."


JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN :

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitulmaqdis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah Syurga
12. Tanah Thaif

Menurut Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitulmaqdis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Thaif, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.


PROSESNYA KEJADIANNYA :

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam sifat.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman Jabarut kemudian diletakkan di dalam Alam Malakut.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan tubuh Adam adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan Barul Uluhiyah.

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air œKudral-Izzah- Nya iaitu sifat Jalan dan Jammal. Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ked alam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah d i:

1. Kepala : dua.liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Di bawah : Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata sebagai alat penglihatan.
2. Hidung sebagai alat penciuman.
3. Telinga sebagai alat pendengaran.
4. Mulut sebagai alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.


Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam :

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan ke bawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadrat Allah. Lalu Allah berkata : "Yarhamkallah." yang membawa erti : Semoga engkau diberi rahmat Allah. Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap Alhamdulillah dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan Yarhamkallah.

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

Sebagaimana firman Allah S.W.T. bermaksud :

"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa." (Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. Wallahu'alam...