








mmm... kiki.... jepak2 la dulu....
Katanya:-“Bukan setiap perkara dilakukan untuk diri kita sendiri. Kita perlu memikir jauh kepada anak cucu kita. Sekiranya saya pergi setidak-tidaknya saya menunjukkan kepada kelab-kelab di sana, orang Malaysia adalah orang yang sanggup berusaha, dan ini membina keyakinan dalam fikiran mereka, pemain-pemain Malaysia boleh diharap. Setidak-tidaknya, biarlah kita berstatus boleh diharap dahulu, dan terpulang kepada anak cucu saya bagi menaikkan status itu kepada ‘boleh dibeli’, ‘sangat hebat’ dsb.”“Saya juga pergi bukan sahaja kerana mahu membina persepsi kelab Inggeris itu, tetapi juga mahu membina harapan kepada pemain-pemain Malaysia. Saya tahu, usaha saya ini umpama melempar lumpur pada tembok yang kukuh. Tidak mungkin tembok itu akan runtuh. Tetapi setidak-tidaknya, apabila generasi selepas saya melihat lumpur pada tembok itu dan berkata, ‘Saya boleh lebih baik daripada sekadar melempar lumpur. Saya boleh melempar bom!’. Itulah tujuan bola sepak, bukan sekadar untuk diri kita tetapi untuk tanah tumpah darahku.” – SOKERNET.BLOGSPOT