Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya. Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, temyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya. Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.
Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,yaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali. Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.
Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, > "> Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal? Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itupernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"
Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.
Pelajaran pertama adalah: Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan- Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.
Pelajaran kedua adalah: Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.
Pelajaran ketiga adalah:
Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.
RASULULLAH saw bersabda maksudnya:"Wahai manusia, sampaikanlah salam, > berikanlah makan dan solatlah pada waktu malam ketika orang Lain sedang > tidur, maka kamu akan masuk syurga."> > Sabdanya lagi: "Sesungguhnya dalam syurga itu ada kenikmatan yang belum > pernah dilihat oleh mata, belum pernah dibayangkan hati manusia." > > Lalu bertanya sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah itu?" Sabda > Rasulullah: "Ia bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang > memberikan makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang > mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur." > > Bertanya sahabat: "Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya > Rasulullah?" Sabda Rasulullah lagi: "Akan aku terangkan kepada kamu > semua. Mereka ialah:- > > * Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan > memberikan salam kepadanya, sesungguhnya dia telah menyiarkan salam. > > * Barang siapa memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga > kenyang, maka sesungguhnya dia telah memberi makan. > > * Barang siapa berpuasa pada Ramadan, kemudian berpuasa enam hari Syawal > (kecuali 1 Syawal), bererti dia sentiasa berpuasa. > > * Barang siapa solat Isyak dan Subuh berjemaah, sesungguhnya dia > mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur." > >Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya iblis menangis, sewaktu seseorang > mukmin itu bersalam dan dia mengeluh, aduh celaka, kedua-dua mukmin itu > tidak berpisah melainkan diampuni dosanya."
> Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka >oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita >dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah: > > 1. Ayahnya > > Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan > anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan > segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji > dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak > menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi > kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke > neraka oleh anaknya. > > (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal > keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau > mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. > pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, > maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka > jahannam.) > > 2. Suaminya > > Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk > isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan > diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg > bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun > seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah > bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia > akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm > neraka. > > (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal > keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? > Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya > mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg > kau akan > sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.) > > 3. Abang-abangnya > > Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga > maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara > lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan > keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari > ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat > kelak. > > (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn > hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... > kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat > kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn > maksiat... dan tidak menutup aurat.) > > 4. Anak2 lelakinya > > Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu > perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu > membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata > dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan > dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan > tarikan ibunya ke neraka. > > (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... > nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu > juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... > selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika > tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) > ............ ......... ......... ......... ......... > Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan > sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu > hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang > atau anak harus memainkan peranan mereka. > > Firman Allah S.W.T; > > "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu > dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, > jin dan batu-batu... ."
"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Danmereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.
Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.