SAN FRANCISCO - Syarikat Google kelmarin mendedahkan gambar beberapa
pusat datanya yang menunjukkan sejumlah komputer memproses permintaan
pengguna internet.
Pusat itu memproses permintaan klip video YouTube dan menghantar e-mel
kepada berjuta-juta orang.
Imej pusat data itu boleh dilihat menerusi laman web yang baharu
diperkenalkan Google iaitu
www.google.com/about/
datacenters/gallery/.
Laman tersebut memaparkan lapan buah pusat data utama yang terletak di
Amerika Syarikat, Finland dan Belgium.
Google juga akan membina pusat data baharu di Hong Kong, Taiwan,
Singapura dan Chile
No comments:
Post a Comment