SYDNEY – Seorang pelumba Australia, Rosco McGlashan mahu mencipta rekod
lebih laju daripada peluru pada 2014 dengan memandu sebuah kereta.
McGlashan percaya dia mampu mencipta rekod itu dengan memandu sebuah
kereta yang dilengkapi teknologi roket
pada kelajuan 1,609 kilometer sejam.
Kereta yang dipandunya akan bergerak lebih laju daripada sebutir peluru.
Kos bagi menghasilkan kereta itu ialah
AS$4.2 juta
(RM12.75 juta).
Kereta itu yang diberi nama
Invader
5R sepanjang 16 meter.
Ia dijana kuasa roket dan menggunakan bahan bakar bio serta cecair
oksigen.
Dia dan anggota-anggota pasukannya akan menguji kereta tersebut pada
tahun depan.
No comments:
Post a Comment