Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :
- Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
- Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
- Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
- Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
- Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan
- Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
- Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
- Elaun-elaun Menteri? Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung
Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen:
- Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40. Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.
- Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
- Gratuiti: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)
Saya sambung pula gaji Menteri Besar, Exco di negeri-negeri lain. Jikalau gaji Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen adalah tertakluk di bawah peruntukan kerajaan persekutuan, tetapi untuk Menteri Besar, gaji Exco negeri-negeri adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.
Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan). Di bawah ini adalah contoh gaji Menteri Besar dan exco di sebuah negeri.
- Menteri Besar – RM14,175.15
- Anggota Exco kerajaan negeri – RM6,109.29
- ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) – RM4,112.79
No comments:
Post a Comment