1.Jika kamu seorang perokok, jgn sesuka hari menghembus asap rokok tu ke muka orang sekeliling. Misalnya warga emas mahupon wanita sedang hamil dan kanak-kanak. 2.Jika naik kenderaan awam, jangan asik nak main serbu je. Tolong tunggu giliran dan beratur. 3.Jangan suka pandang rendah pada kemampuan orang lain, lebih² kepada wanita. Wanita zaman skang sgt competitive. 4.Jangan suka tunjuk pandai lebih² pada sesuatu perkara yang kamu tidak pasti. Lebih baik merendah diri. 5.Jangan mudah melenting bila orang lain menegur kesilapan yang kamu lakukan. Terima apa yg disampaikan utk memperbaiki kelemahan diri. 6.Tolong hormat majlis especially dari segi berpakaian sekiranya majlis tersebut mempunyai dress code tertentu. 7.Tolong jaga kebersihan sekeliling di mana jua kamu berada. Jangan sesuka hati membuang sampah. 8.Jika bercakap jgn sesekali meninggikan suara walaupon dalam keadaan marah, cuba kawal emosi agar tidak menyinggung perasaan orang lain. 9.Jangan ego. Jika kamu melakukan kesalahanan, akuinya. Orang akan lebih hormat jika kamu mengakui kekurangan diri dan rela memperbetulkan kesilapan. 10.Jika kamu ingin mengenali atau mendekati seseorang, gunakanlah cara terhormat. Perkenalkan diri terlebih dahulu. Jika baik niat dan betul caranya, kamu akan diterima. Jika dia menolak sekali pon, dia akan menolak dgn cara terhormat sama sebagaimana kamu dtg kepadanya. 11.Jangan suka melawan atau memberontak sesuka hati. Walaupon ada perkara yg kamu tidak suka atau bersetuju, ada cara terbaik untuk membantahnya. 12.Jangan sesuka hati bersiul-siul mengacau atau mengurat perempuan. Bila tidak dilayan mulalah mengejek-ejek kononnya perempuan tu perasan cantik. Apa kamu rasa jika adik kamu diperlakukan sebegitu? |
No comments:
Post a Comment