Monday, April 29, 2013

6 tip simpan telefon bimbit...


Contohnya telefon bimbit anda hilang, rosak dan bahkan boleh saja menganggu kesihatan anda. Sebaiknya juga anda mengetahui di manakah tempat yang tidak sesuai diletakan telefon bimbit anda. Di bawah ini disenaraikan beberapa tempat yang kurang sesuai jika anda ingin menyimpan telefon bimbit anda.

1. Jangan Simpan Dalam Poket Seluar
Sebagai pengguna telefon bimbit lelaki biasanya kita selalu menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar namun kajian mengatakan elektrostatik & elektromagnetik yang dihasilkan telefon bimbit boleh membuat lelaki menjadi mandul, dan mengundang tindak balas yang tidak baik pada anda. Selain itu jika kita jika kita lupa meletakkan telefon bimbit di dalam seluar silap-silap telefon bimbit tersebut boleh juga termasukan ke dalam mesin cuci pakaian.

2. Jangan Letakkan Bersama Barang Elektronik
Jangan simpan telefon bimbit anda dekat dengan barang elektronik lainya seperti di dekat TV, laptop sebab barang elektronik boleh mengeluarkan medan elektonik yang tinggi yang boleh membuat telefon bimbit kesayangan anda menjadi rosak.

3. Dilarang Dekat Kunci Kereta
Dalam keadaan tertentu, telefon bimbit yang digunakan dalam kenderaan akan memberikan kesan sampingan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Telefon bimbit yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci kereta tersebut. Terutama bagi kereta mewah.

4. Jangan Diletakkan Dekat Komputer
Komputer, laptop dan telefon bimbit sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling memberi kesan. Pasti kedua barangan ini amat anda sayangi. Sebaiknya jangan diletakan terlalu hampir diantara keduanya.

5 Jangan letakkan dekat Gas yang mudah terbakar
Pasti anda berfikir dengan meletakkan telefon bimbit dekat dengan gas boleh membuat gas meletup. Padahal tidak begitu, melainkan jika telefon bimbit berada dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan telefon bimbit tidak dapat berfungsi dengan baik.

6. Jangan sesekali menyimpan atau diletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta Berkunci
Meninggalkan atau meletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta akan dapat dilihat oleh orang luar. Pasti boleh mengundang kecurian selain mungkin, telefon bimbit anda akan dicuri dan kereta anda mungkin akan dirosakkan.

Friday, April 26, 2013

18 sebab jin merasuk manusia...



18 sebab jin merasuk manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Thursday, April 25, 2013

ade bran...!!!



Susah nak dapat pekerja yang betul-betul berani zaman sekarang. Dibawah merupakan proses membaiki aircond yang biasa dilakukan di china bila melibatkan rumah bertingkat-tingkat Apa kata anda? ada brani?

ayam bogel....!!!

Saintis Israel di Israelis Rehovot Agronomy Institute telah menghasilkan ayam yang diubahsuai secara genetik. Apa sifat yang diubahsuai ialah ayam ini tanpa bulu. Dalam kata mudahnya, ayam ini ialah ayam togel. Mereka mendakwa bahawa ayam yang telah diubahsuai ini hidup lebih lama dan tahan di negara yang beriklim panas.


stering kete F1...

F1 adalah perlumbaan kereta yang paling terkenal dan berprestij di dunia. Salah satu nama yang terkenal dengan F1 adalah Ferrari. Siapa yang tak ingat dengan Michael Schumacher kan? Mari tengok stereng kereta F1 Ferrari ni dengan lebih dekat.


wireless keyboard....

Bagi yang inginkan wireless keyboard yang tahan lasak, boleh lentur, dan kalis air, ini adalah jawapannya. Qii adalah wireless keyboard yg anda cari. Ianya boleh digulung supaya menjadi lebih kecil dan mudah disimpan. Ia juga kalis air.

helikopter kuasa bateri...



Hirobo merupakan sebuah syarikat dari Jepun yang memfokuskan kepada rekaan helikopter mainan kawalan jauh. Namun baru² ini, mereka telah memaparkan prototype Hirobo HX-1 yang dikatakan helikopter perseorangan yang menggunakan kuasa bateri. Ia boleh mencapai kelajuan 100 km/j dan boleh digunakan selama 30 minit.

kem latihan jihad...

Mereka membunuh atas nama agama. Kem latihan dilakukan di padan pasir Iraq, dimana mereka dilatih cara menggunakan senjata dan dididik untuk menjadi seorang yang berani mati. 


Tuesday, April 23, 2013

penapis air yang power ni...

OKO bermaksud "eco" di dalam bahasa Swiss German yang sangat sesuai dengan botol air berteknologi tinggi yang dihasilkan. OKO merupakan sebuah botol air yang dilengkapi dengan water filter yang telah direka oleh pihak NASA. Botol ini sangat ringan dan menggunakan sistem penapis yang canggih sehingga mampu menapis dan menghasilkan air yang sangat bersih. Lihat video kat bawah.

sama2 renung2 kan...

Setiap lukisan di bawah ini mempunyai pelbagai maksud yang berbeza, dapatkah anda faham?