Di Jepun semua benda comel dari
gadis sampailah ke anak mancis. Mancis ini dikeluarkan syarikat Kokeshi
dan hanya boleh dibeli di Jepun. HENTAI! eh?
Thursday, June 6, 2013
kebangkitan Islam...!!!
Ini adalah satu perkembangan yang
menarik di Britain. Umum mengetahui Ratu Elizabeth adalah pelindung
agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen
Britain.
Bancian pada 2011 juga menunjukkan
33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut
Kristian.
Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada
sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.
Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St
George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan
Cable amat hambar.
Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan
kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung
ketika solat Jumaat dijalankan. Jika dibuat perbandingan jumlah
pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.
Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan
sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18,
ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang. Jumlah yang sama
disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. Ketika
jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20
orang.
Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi
‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai. Masjid itu sendiri
asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti
dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.
Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali
ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.
Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi
‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam.
Fakta Menarik:
Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England
dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada
59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.
Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada
tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7
juta orang.
Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut
Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut
Kristian menghampiri usia 80 tahun.
Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding
Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa
kira-kira 50 tahun lalu.
lembu gebu...???
Apa yang anda lihat di bawah
bukanlah photoshop tetapi lembu yang dipamper sehingga mempunyai bulu
yang gebu. Lembu-lembu ini dibela semata-mata untuk dipertandingan di
pameran-pameran lembu di Amerika Syarikat. Bulu lembu "ratu cantik" ini
diberus dan diguntung untuk kelihatan seperti bulu teddy bear
encipta yang bernasib malang dan meninggal dunia...
Tak semua ciptaan akan membuatkan
pencipta mereka kaya raya. Di bawah ialah beberapa orang pencipta yang
bernasib malang dan meninggal dunia akibat ciptaan mereka.
kamikazeee...!!!!
Di akhir Perang Dunia Kedua
tentera Jepun mencipta beberapa senjata kamikaze yang digunakan untuk
menyerang tentera Amerika Syarikat. Mereka mencipta bot, kapal selam dan
kapal terbang yang digunakan oleh pejuang berani mati mereka. Yokosuka
MXY7 Ohka ialah pesawat pengebom berani mati berkuasa jet yang digunakan
pada tahun 1945 sebagai langkah drastik Jepun untuk mengalahkan USA.
Ohka (Bunga Sakura) dipandu oleh seorang juruterbang berani mati dan
dilengkapi bom sebesar 1200 kilogram. Ia juga diperkasakan dengan tiga
enjin roket yang mampu memberikan Ohka kelajuan maksimum 1040 kilometer
sejam ketika menjunam. Lebih dari 800 Ohka dibina tetapi tidak
kesemuanya digunakan oleh Jepun kerana kekurangan juruterbang dan
pesawat pengebom yang mampu membawanya ke medan perang. Ianya juga sukar
dikawal dan serangan ke atas armada USA tidak dapat dilakukan secara
tepat. Oleh sebab itu Ohka diberikan gelaran Baka (Bodoh) oleh kelasi
USA.
berkayak di lava gunung berapi...!!!
Berkayak di antara lelehan lava
pastinya tidak akan pernah anda bayangkan untuk dilakukan. Aksi berani
mati ini dilakukan oleh Pedro Olivia, Chris Korbulic dan Ben
Stookesberry dari Brazil yang mengharungi perairan di sekitar lelehan
lava merah yang mengalir dari gunung berapi Kilauea, kepulauan Hawaii.
Namun, itu saja dianggap tidak cukup kerana Pedro memutuskan untuk
menjelajahi pantai dengan berjalan kaki. Menambahkan lagi cabaran, dia
nekad menguji suhu panas lava sekitar 700 hingga 1100 darjah celcius
dengan mencelupkan dayungnya dan segera mengangkatnya sebelum terbakar.
Dari pengalamannya, Ben mengungkapkan bahawa salah satu ancaman terbesar
adalah wap beracun yang dihasilkan saat lava menghempas ke dalam air.
Saat itu, air laut boleh membakar kedua tangan mereka.
mmm... cam ne la kalau di akhirat nanti... renung2 kan...
Monday, June 3, 2013
pesawat pengebom supersonik terbesar di dunia...
Tupolev Tu 160 Blackjack ialah
pesawat pengebom supersonik terbesar di dunia, Pesawat sepanjang 54
meter ini juga memegang rekod pesawat supersonik terbesar dunia selepas
Concorde dihentikan operasinya pada tahun 2003. Program pembiaan
Blackjack dimulakan Soviet sebagai jawapan kepada program pesawat
pengebom supersonik Rockwell B-1 Lancer. Seperti kebanyakkan pesawat
Soviet pada waktu itu, Blackjack meniru bentuk B-1 tetapi Soviets being
Soviets they made it bigger and better. B-1 Lancer boleh memecut
sehingga Mach 1.25 dan membawa 35 000 kilogram bom. Blackjack mempunyai kelajuan maksimum
Mach 2.03 dan mempu membawa muatan senjata sehingga 40 000 kilogram.
Prototaip pertama dibina pada 1981 dan memulakan operasi pada tahun
1987. Ia memerlukan 4 anak kapal untuk beroperasi dan sangat ditakuti
oleh pihak NATO kerana kepantasan dan kemampuan melancarkan misil anti
perkapalan terhadap kapal pengangkut kapal terbang. Selepas kejatuhan
Soviet majoriti pesawat Blackjack dihentikan dari operasi tentera
udara.
Pada tahun 2005 proses permodenan Tu- 160 dilakukan dan sistem avionik
dan kawalan pesawat diberi penaik tarafan. Sejak 2007 11 Tupolev Tu-160
Blackjack moden beroperasi dengan Tentera Udara Kesatuan Soviet. Perang
dingin mungkin sudah lama tamat tetapi sistem senjata yang mampu
memuaskan dunia masih wujud.
lesbian Islam pertama yang 'berkahwin' .... subhanallah...
Dua orang gadis Pakistan telah
menjadi pasangan lesbian Islam pertama yang 'berkahwin' di dunia.
Upacara itu dilangsungkan di UK. Rehana Kausar dan Sobia Kamar telah
menerima ugutan mati semasa upacara itu semalam. Menurut mereka, sebelum
mereka ke UK, di Pakistan mereka seringkali menerima ugutan mati dari
rakyat negara itu kerana perbuatan mereka menyalahi agama Islam. Right
now mereka berdua dalam proses menjadi penduduk tetap di UK.