Tuesday, February 26, 2013
SAINTIS TEMUI BAHAGIAN JAHAT DALAM OTAK MANUSIA? IANYA SUDAH DISEBUT DALAM AL-QURAN
-->
Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang
membu...at manusia menjadi jahat. Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu
terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam
melalui pemeriksaan X-ray.
“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya sebagaimana yang dilaporan Sinar Harian Online.
Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama. Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.
“Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama,” jelasnya lagi.
Komen : Subhanallah .. di dalam al-Quran disebut “Nasiyyahtin kazibatin khati’ah” maksudnya “Ubun-ubun yg membuat dusta dan bersalah”.. Jika benar penemuan ini, ianya adalah ‘i’jaz al-quran’ yang membuktikan kebenaran isi kandungan al-Quran.
“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya sebagaimana yang dilaporan Sinar Harian Online.
Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama. Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.
“Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama,” jelasnya lagi.
Komen : Subhanallah .. di dalam al-Quran disebut “Nasiyyahtin kazibatin khati’ah” maksudnya “Ubun-ubun yg membuat dusta dan bersalah”.. Jika benar penemuan ini, ianya adalah ‘i’jaz al-quran’ yang membuktikan kebenaran isi kandungan al-Quran.
Friday, February 15, 2013
11 keajaiban tomato...!!!
|
LUPAKAN sejenak produk kecantikan yang anda gunakan dan kembali kepada cara klasik. Sesekali tidak salah bereksperimen dengan bahan semula jadi untuk tujuan kecantikan.
Kali ini, kami bawakan anda mengenali 11 kelebihan buah tomato yang boleh digunakan dalam rejim kecantikan harian anda.
1Gunakan jus tomato bagi mengecilkan liang pori-pori kulit wajah. Gabungkan dua hingga empat titis jus lemon bersama satu sudu jus tomato. Sapukan ia pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air suam.
2 Lenyek tomato dan sapukannya pada keseluruhan wajah dengan rata. Biarkan ia selama satu jam sebelum dibilas. Akhiri proses tersebut dengan menggunakan pelembap. Jerawat akan dapat dikurangkan menerusi penggunaan yang berterusan. Tomato memiliki fungsi penyejuk bagi melicinkan kulit dan menyerap minyak berlebihan pada wajah.
3Potong separuh tomato dan sapukan ia pada bintik gelap. Bilas dan sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar mujarab bagi menghilangkan bintik yang tidak dikehendaki itu.
4Ambil jus tomato dan kisarkan ia bersama jus timun. Selepas itu, celup segumpal kapas di dalam adunan jus tadi dan sapukan pada wajah setiap hari. Cara tersebut mampu mengawal penghasilan minyak pada wajah dan mengekang pertumbuhan jerawat.
5Campurkan dua sudu jus tomato bersama empat sudu susu mentega dan sapukannya pada kulit anda kemudian bilas selepas 30 minit. Cuba langkah ini di rumah bagi menyembuhkan kulit akibat selaran matahari. Difahamkan, likopena yang ditemui dalam tomato mampu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu.
6 Sekiranya kulit anda kasar dan kusam, tomato dan topeng yogurt mampu menjadi penyelamat bagi masalah tersebut. Sapukan jus tomato yang dicampur dengan yogurt pada kulit dan bilas selepas 20 minit menggunakan air suam. Yogurt menjadikan kulit berseri secara sihat dan meningkatkan kandungan protein pada kulit manakala tomato meneutralkan permukaan kulit sambil menyejukkannya.
7Sapu jus tomato bersama madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Penawar yang boleh dibuat di rumah itu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam.
8Makan tomato pada waktu pagi bagi menyingkirkan lemak pada badan yang tidak diingini. Anda juga boleh meminum jus tomato dua kali sehari bagi menurunkan berat badan. Minum jus tersebut 10 minit sebelum makan untuk mengurangkan selera. Ia sangat berkesan kerana ia menghentikan proses penapaian di dalam usus. Semasa proses penapaian, gula dan alkohol dihasilkan di dalam badan dan mendorong kenaikan berat badan.
9Lumurkan jus atau hirisan tomato pada rambut anda bagi meningkatkan nilai neutral pH pada rambut dan mengembalikan warna natural rambut. Tomato merupakan pelembap semula jadi yang memberikan kilauan natural pada rambut.
10Sapukan isi tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut.
11Campurkan jus tomato bersama avokado bagi menjadikan topeng yang sesuai untuk kulit pelbagai jenis. Sifat hidrasi dan antiseptik avokado bersama gabungan astringen tomato amat efektif untuk menyerikan kulit.
sumber kosmo
Gegaran otak ancam nyawa...!!!
Sindrom Goncang Bayi atau dikenali sebagai Shaken Baby Syndrome
(SBS) boleh diatasi jika ibu bapa atau pengasuh di pusat jagaan
kanak-kanak tahu mengendalikan bayi yang meragam dengan cara yang betul.
|
PADA bulan September tahun lalu, pasangan suami isteri, Mohd. Suhaimi Mamat, 31, dan Effa Roziana Mohd. Zin, 27, seperti biasa pulang dari kerja dan mengambil anak kedua mereka, Mohd. Danisy Darusy Mohd. Suhaimi, tujuh bulan, di rumah pengasuh di Shah Alam, Selangor.
Sejak melahirkan Danisy pertengahan tahun lalu, pasangan tersebut membuat keputusan meletakkan Danisy di bawah jagaan pengasuh yang tinggal berdekatan dengan rumah mereka. Ia bukanlah taska berdaftar tetapi pemiliknya memang dikenali sebagai penjaga kanak-kanak dalam kalangan penduduk kawasan tersebut.
Setiba di rumah, Danisy muntah-muntah lebih lima kali. Setiap kali disusukan, bayi itu muntah dan enggan menerima sebarang makanan. Resah dengan keadaan tersebut, Suhaimi dan Effa membawa Danisy ke sebuah hospital di Klang, Selangor bagi menjalani pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan doktor mendapati, suhu badannya normal tetapi tiba-tiba Danisy diserang sawan. Doktor gagal mengesan punca sebenar dan Danisy ditahan di wad bagi menjalani imbasan otak.
"Keputusan imbasan mendapati Danisy mengalami pendarahan otak dan dia terus ditahan selama empat hari di Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor juga memberitahu, matanya mengalami pendarahan serius jadi pembedahan terpaksa dilakukan.
"Danisy selamat menjalani pembedahan mata kanan pada bulan Oktober lalu dan kini dia kembali aktif. Sebelum ini, kalau orang panggil dia tidak boleh respons dan menangkap arah suara yang memanggilnya," kongsi Effa ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Bercerita mengenai pengasuh anaknya, ujar Effa, selepas kejadian itu, dia dan suami ada bertanya kepada pengasuh tersebut sama ada Danisy pernah terjatuh tetapi jawapan yang diterima sangat menghampakan. Malah, pengasuh itu menambah Danisy pernah beberapa kali menggigil dan dilihat dalam keadaan mata terbeliak yang dianggap normal pengasuh tersebut.
"Kami kecewa kerana dia tidak pernah menceritakan hal tersebut dan doktor yang memeriksa Danisy di Klang memberitahu, kemungkinan anak kami digoncang dengan kuat. Kami tidak berlengah dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam," imbas Effa dalam nada sebak.
Keadaan sama turut menimpa anak pasangan Zaihasliza Abd. Rahim, 28, Arissa Eryna Mohd. Fairuz Iskandar, tujuh bulan, pada pertengahan bulan Oktober tahun lalu. Ketika diambil dari taska kawasan rumah Zaihasliza yang terletak di Shah Alam, anak keduanya itu mula meragam.
Gejala SBS
Menurut Zaihasliza, setiap kali diletakkan, Arissa menangis dengan kuat dan ingin didukung sepanjang masa. Apabila diberi susu, Arissa muntah dan hal itu berlarutan sehingga pukul 4 pagi.
"Pada mulanya, saya ingat perut dia masuk angin. Tapi bila asyik muntah dan lepas mulut dia berbuih-buih dan badan menggigil, saya panik lalu bawa dia ke klinik.
"Menurut doktor, Arissa tak demam dan tidak lama kemudian dia diserang sawan. Doktor minta saya rujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sampai situ, Arissa diserang sawan yang teruk dan doktor syak ia ada kaitan dengan otak.
"Lepas melakukan ujian imbasan otak, doktor mengesahkan memang ada pendarahan di otak dan di bahagian belakang mata Arissa yang serius. Saya memang terkejut dan pihak hospital terus buat laporan polis.
"Saya ada hubungi pihak taska tetapi jawapannya mengecewakan kerana pihak pengurusan langsung tidak ambil serius perkara yang menimpa Arissa. Bahkan, mereka menafikan Arissa pernah jatuh dan mengambil lewa perbincangan tersebut," cerita Zaihasliza kesal.
Arissa menjalani pembedahan mata kiri bagi membuang ketulan darah beku yang terperangkap. Sekiranya dibiarkan, risiko untuk Arissa hilang penglihatan sangat tinggi.
Kenali SBS
Difahamkan, kira-kira 30 kematian kanak-kanak dilaporkan di Putrajaya dalam tempoh dua tahun lalu dipercayai ada kaitan dengan SBS. Namun ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut oleh pihak berkuasa.
Menurut Ketua Unit Neonatal Institut Pediatrik HKL, Dr. Irene Cheah, kesan negatif kekal akibat SBS boleh mengakibatkan kebutaan, sawan, gangguan mental dan palsi serebrum.
"Tiada kajian terperinci dijalankan tahap kekuatan goncangan yang boleh mengakibatkan SBS tetapi goncangan yang kuat selama empat saat mampu mendatangkan kecederaan.
"Saiz kepala yang besar berbanding badan, otot leher yang masih lemah, kandungan air yang tinggi dalam otak dan ruang subaraknoid yang besar mengelilingi otak merupakan antara punca bayi dan kanak-kanak mudah mengalami SBS.
"Ibu bapa yang mempunyai anak SBS memberitahu, anak mereka cepat letih dan mengantuk, muntah dan tidak selera makan, tangisan tidak terkawal, sukar ditenteramkan atau kesukaran bernafas dan diserang sawan," jelas Irene.
Tambah beliau, punca sebenar SBS sebenarnya bermula daripada sikap ibu bapa sendiri terutama golongan bapa yang kurang sifat sabar. Apabila anak menangis, mereka tidak tahu cara yang betul bagi menghentikan tangisan tersebut.
Akibatnya, anak yang masih kecil itu cuba ditenteramkan dengan cara lambungan, dibuai dengan laju dan tidak kurang ada yang menggoncang anak dengan kuat.
**kita sebagai penjaga seharusnya banyak2 bersabar dan sentiasa berhati2 dalam menjaga anak-anak kita...
sumber: kosmo.
Thursday, February 14, 2013
cara salam untuk makhluk dialam ghaib...!!!
kita selalu dengar org cakap kalau kita masuk tempat2 seperti hutan atau kawasan yang agak keras selalu orang kate " tok anak cucu tumpang lalu " sebenarnya dalam islam telah mengajar kita cara untuk kita bagi salam untuk makhluk yang kita tidak nampak sepaerti Jin dan lain2...untuk itu ayat dibawah perlulah kita amalakan jika kita hendak masuk tempat2 yang agak menyeramkan bagi kita... sebarkan kepada kawan2...
masalah batu karang...???
kepada sesiapa yang bermasaalah BATU KARANG di dalam badan samaada di buah pinggang atau di hempedu atau apa2 ketumbuhan boleh lah mencuba cara alternative dgn pergi ke:
PERUNDING PERUBATAN
( Hj. Jamil )
di alamat : Batu 7 1/2, Kampung Gangsa,
76100 Durian Tunggal, Melaka
call : 019-6065528
013-9990935
012-6254454
waktu rawatan : Selasa, Rabu, Sabtu, Ahad
masa : 6.00am - 2pm
*** saya sudah dua kali pergi untuk berubat alhamdullih batu karang tu keluar dgn tanpa sakit atau pembedahan.
*** tempat tu memang ramai pesakit yang datang melayu, india, cina dll...
*** cuba lah pergi dan ikhtiar semoga dengan kuasa Allah ianya sembuh...
Wednesday, February 6, 2013
muntah ikan paus...???
Tidak mustahil jika kita menjadi seorang jutawan dalam sekelip mata. Itu yang terjadi kepada seorang budak lelaki apabila menjumpai bongkahan batu yang merupakan muntah ikan paus di pesisir pantai.
Tahukah anda bahawa muntah ikan Paus sangat mahal? Itulah yang ditemui oleh seorang budak lelaki yang tinggal di Bournemouth, Britania Raya. Budak yang beruntung ini adalah Charlie Naysmith 8 tahun. Ketika dia sedang berjalan-jalan di tepi pantai Hengistbury Head, dia ternampak sebuah bongkahan agak besar yang menyerupai batu. Bentuknya yang tidak rata dan berwarna kuning keemasan membuat Charlie berfikir ini adalah jenis batu yang biasa ditemui di tepi pantai.
Akan tetapi, orangtuanya tidak cepat mengambil keputusan begitu saja, mereka justru meneliti bongkahan unik tersebut. Ternyata, itu bukanlah batu melainkan muntah ikan Paus yang sudah mengeras kerana sudah lama terkena paparan sinar matahari dan zat garam dari air laut.
Faktanya, muntahan Paus ini banyak dicari oleh pembuat perfum kerana kandungan kimia di dalamnya mampu membuat aroma perfum bertahan lebih lama!
perkara2 yg berubah setelah mendapat cahaya mata...
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. dan yang ni aku akan kongsikan hasil rayauan/blogwalkig aku
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
kebesaran tuhan di badan manusia...???
Dr Jamnul Azhar memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan”.
Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (kelingking), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah – Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali.
Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walau pun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris (guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka’bah. Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi cube).
Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati,tempat terletaknya Ka’bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid,dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.
Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
pengecas batteri android...
Seperti yang kita tahu peranti android kini mendominasi dunia peranti pintar..pengecas USB Andru berbentuk Android di bawah pasti menarik minat anda. Ianya terdapat dalam 3 warna iaitu hijau, hitam dan putih. Apabila beroperasi mata robot akan menyala. Ianya dijual pada harga USD 25 (RM 75) sebuah.
apple nak saman blackberry...???
Pakar teknologi percaya Apple akan memfailkan saman ke atas Blackberry sekiranya jualan iPhone mengalami penurunan kerana model Blackberry Z10 mirip menyerupai model tersebut.
Bagaimanapun, syarikat pengeluar telefon pintar dari Kanada itu enggan melayan sebarang pertanyaan berhubung Z10 yang menyerupai iPhone.
Pengarah Urusan Blackberry Eropah, Stephen Bates dalam satu temu bual bersama Radio 5 telah ditanya soalan sebanyak lima kali sama ada syarikat itu telah belajar sesuatu daripada Apple, namun dia tidak memberi jawapan sepatutnya.
"Blackberry merupakan salah satu pelabur dalam pasaran telefon pintar,'' jawapan sama yang diberikan Bates setiap kali penemu ramah bertanyakan soalan sehingga dia berputus asa.
Malah, penemu ramah itu turut menyindir Bates dengan menyifatkan jawapan 'bos' Blackberry tersebut hanya seolah-olah beliau sedang membaca kenyataan akhbar.
Dalam pada itu, ramai pakar mendakwa gajet terbaharu Blackberry itu 'meminjam' sistem operasi daripada beberapa syarikat telefon pintar termasuk Apple.
''Ia seolah-olah satu penggabungan daripada pelbagai sistem,'' kata Stuart Miles pengasas laman web Pocket-Lint.
''Kekunci skrin Blackberry mirip telefon milik Windows, paparan aplikasi pula menyerupai iPhone manakala halaman aplikasi pula hampir menyerupai Android.
''Saya tidak fikir pengguna akan keliru dengan telefon Blackberry yang lebih kelihatan berbentuk segi empat tepat,'' kata Miles.
Sementara itu, pakar undang-undang berkata, Apple mungkin berdepan kesukaran untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Blackberry ekoran pertikaian berpanjangan antara syarikat dengan Samsung.
bahaya pendakap gigi internet...!!!
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli pendakap gigi menerusi internet yang dijual murah kerana banyak produk seumpama itu tidak diiktiraf pakar pergigian kerana mengandungi plumbum yang boleh menjadi punca penyakit kanser usus.
Peringatan itu dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hasil kajian awal kementerian terhadap kegiatan penjualan pendakap gigi di pasaran dalam talian.
Menurutnya, pendakap gigi semakin popular terutama dalam kalangan remaja bukan kerana fungsi mencantikkan gigi tetapi lebih kepada trend atau fesyen semasa.
"Kalau mahu mencantikkan gigi, orang ramai perlu mendapatkan nasihat doktor dan menggunakan pendakap gigi yang diiktiraf oleh pakar pergigian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Aktiviti Warga Emas Bentong semalam.
Tiong Lai juga berkata, kerajaan boleh menyekat atau mengawal penjualan pendakap gigi namun tidak boleh mengawal pembelian menerusi internet.
Angkasawan Negara yang juga doktor gigi, Mejar Dr. Faiz Khaleed ketika dihubungi semalam menganggap amalan memakai pendakap gigi yang dibeli melalui internet berbahaya dan merugikan diri sendiri.
"Pendakap gigi berkualiti diperbuat daripada keluli tahan karat manakala peralatan sama yang dijual di internet tidak diketahui asal usulnya," kata beliau.
Walaupun kos memasang set pendakap gigi di klinik boleh melebihi RM4,000, harga bagi set yang mempunyai pelbagai corak di internet hanya RM150 hingga RM170 sepasang.
hotel Nazi yg tiada penghuni...
Hotel yang terletak sepanjang 3 batu di pulau Ruegen, Jerman ini merupakan hotel terbesar di dunia yang pernah dibina oleh Nazi. Hotel ini mempunyai 10,000 bilik yang dapat memuatkan 20,000 penghuni dalam satu-satu masa. Namun, setelah 70 tahun pembinaannya, hotel ini tidak pernah digunakan. Hotel yang dikenali dengan nama Hotel Prora ini dibina pada 1936 dan siap pada 1939 yang menggunakan lebih 9000 orang tenaga kerja.
Rancangan asal pihak Nazi ialah untuk membina hotel bagi pekerja Jerman untuk menyebarkan Propaganda Nazi. Pihak Nazi ingin membina 4 resort di kawasan hotel ini yang dilengkapi dengan panggung wayang, kolam renang, dewan serbaguna dan jeti untuk kapal persiaran berlabuh.
amun rancangan pihak Nazi gagal apabila perang bermula. Pembinaan resort terbengkalai akibat perubahan dasar yang dilakukan oleh Hitler yang memindahkan semua pekerja pembinaan hotel ke Peenemünde untuk membina V-Weapon untuk berperang dengan pihak Allied.
asal usul no plat kete...???
Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.
Kenapa Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.
Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -G1M--GAGASAN 1 MALAYSIA
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor