Sabda Rasulullah SAW:
“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.
” (HR. Muslim)
“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku
dan memotong kumisku.”(HR. Thabrani)
Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu
lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam
memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang
diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan
saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.
Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor
perubatan, pemilik rangkaian klinik juga
seorang pendakwah, dalam satu ceramah,
mendedahkan hasil kajian yang sangat luar
biasa mengenai khasiat janggut.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of
Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact
of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon
testosteron yang amat diperlukan bagikesuburan wanita. Ia
mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan
telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan
tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum
mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan,
mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu
janggut suami anda.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang
oleh National Geographic.
Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam
sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah
dan kelebihannya.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa
mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring
mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit
dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau
menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau,
maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)
mmm... sama2 lah kita bela janggut ikut sunnah....