Friday, October 28, 2011

kisah raja sebagai tauladan...



Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap
orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini
tertimpa penyakit yang sangat berat.
Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.
Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya.
Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.
Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja
itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang
sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa
gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini
bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua
orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya,
temyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja
itu dari penyakitnya.
Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal
kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata
kesimpulan para tabib sama,yaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang
saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat
optimis rajanya akan segera pulih kembali.
Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai
di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak
kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak
berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun
mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya
mereka menghadap Tuhan dan bertanya, > "> Ya Tuhan kami, apa sebabnya
Engkau
mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat,
sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan
ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?
Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim
itu
pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu,
sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan
sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang
paling bawah!
Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku
hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan
datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa
padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

Pelajaran pertama adalah:
Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia
ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak
diperhitungkan- Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita
apabila sedang tertimpa musibah.

Pelajaran kedua adalah:
Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena.
Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita.
Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan
lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga adalah:

Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah
berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak
berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan
untuk membantu meringankan penderitaannya.

iblis menangis bila bersalam...



RASULULLAH saw bersabda maksudnya: "Wahai manusia, sampaikanlah salam,
> berikanlah makan dan solatlah pada waktu malam ketika orang Lain
sedang
> tidur, maka kamu akan masuk syurga."
>
Sabdanya lagi: "Sesungguhnya dalam syurga itu ada kenikmatan yang
belum
> pernah dilihat oleh mata, belum pernah dibayangkan hati manusia."
>
> Lalu bertanya sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah itu?" Sabda 
Rasulullah: "Ia bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang
> memberikan makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang
> mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur." 
>
Bertanya sahabat: "Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya
> Rasulullah?" Sabda Rasulullah lagi: "Akan aku terangkan kepada kamu
> semua. Mereka ialah:-
>
> * Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan 
> memberikan salam kepadanya, sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.
>
> * Barang siapa memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga
> kenyang, maka sesungguhnya dia telah memberi makan.
>
> * Barang siapa berpuasa pada Ramadan, kemudian berpuasa enam hari
Syawal
> (kecuali 1 Syawal), bererti dia sentiasa berpuasa.
>
> * Barang siapa solat Isyak dan Subuh berjemaah, sesungguhnya dia 
> mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."
>
> Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya iblis menangis, sewaktu seseorang
> mukmin itu bersalam
 dan dia mengeluh, aduh celaka, kedua-dua mukmin 
itu
> tidak berpisah melainkan diampuni dosanya."

Thursday, October 27, 2011

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita !!!!!!!!


> Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka 
>oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita 
>dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
>
> 1. Ayahnya
>
> Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
> anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan
> segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
> dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
> menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
> kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
> neraka oleh anaknya.
>
> (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
> keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
> mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
> pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
> maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
> jahannam.)
>
> 2. Suaminya
>
> Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
> isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
> diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
> bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
> seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
> bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia
> akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
> neraka.
>
> (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
> keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
> Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
> mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
> kau akan
> sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)
>
> 3. Abang-abangnya
>
> Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
> maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
> lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
> keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
> ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
> kelak.
>
> (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
> hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
> kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat
> kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
> maksiat... dan tidak menutup aurat.)
>
> 4. Anak2 lelakinya
>
> Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
> perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu
> membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
> dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan
> dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan
> tarikan ibunya ke neraka.
>
> (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
> nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
> juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...
> selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
> tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
> ............ ......... ......... ......... .........
> Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan
> sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
> hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
> atau anak harus memainkan peranan mereka.
>
> Firman Allah S.W.T;
>
> "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
> dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
> jin dan batu-batu... ."

pesanan HIDUP dalam 2 nafas...



"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti. 

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
 

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut 
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu 
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga. 

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila 
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, 
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan
 mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata 
setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.
 

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara 
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai. 

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.